Thursday, May 15, 2008

The Invisible (2007)

Nick Powell (Justin Chatwin) ialah seorang pelajar cemerlang sekolahnya, terutama dalam bidang literature. Walaupun ibunya agak mengongkong, tetapi masa hadapannya nampak cerah. Apabila bertembung dengan gangster sekolah Annie Newton (Margarita Levieva) - seorang tomboy - hidupnya bertukar menjadi bahaya. Apabila maklumat palsu ditelan oleh Annie, mengenai Nick sebagai seorang 'snitch' terhadap aktiviti jenayah Annie di dalam sekolah, Annie mengambil langkah nekad untuk membelasah Nick. Malang bagi Nick, beliau cedera parah dan koma dan dibiar terdampar di pinggiran hutan. Cuma roh Nick terawang-awang di atas bumi kerana beliau belum mati. Tinggal lagi usaha roh Nick untuk menyelamatkan diri sendiri sebelum beliau sendiri mati akibat terdampar tak sedar diri di dalam hutan. Manusia boleh hidup 3 hari je tanpa air? Namun harapan nampak cerah kerana ada seorang yang menyedari akan kewujudan roh Nick. Cuma manusia tersebut ialah Annie! Mahukah Annie kasihan atau menyelamatkan diri sendiri yang boleh menyebabkan beliau dipenjara seumur hidup?

SKOR: 8/10

No comments: