Dollah Superstar mengingatkan aku pada Tomok. Beliau menempuhi fasa kedewasaan maskulin walaupun terpaksa melalui fasa komersialisasi 'Mangga'. Namun, bukan mudah sebenarnya untuk Tomok mengikis imej jambu dan sweet innocent yang saban tahun mengekori dirinya (walaupun setelah menang OIAM). Hinggalah beliau bergabung dengan band Hard Rock Modread, membentuk Manifesto dan menyertai Versus 2, baru beliau kelihatan bebas dari parut komersialisasi murah dan dinilai melalui bakat.
Dan atas sebab itu, melalui DS, aku mengangkat ketegasan Lalat (Fizz
Fairuz) yang berulang kali mengingatkan Dollah agar jauhi populariti
yang 'bukan refleksi diri' (walaupun sebenarnya dia sendiri punya
konflik diri). Kerana untuk meninggalkan 'populariti bukan identiti'
(yang lebih berkait dengan 'kehendak dan permintaan' khalayak), ia
terlalu sukar. Maaf kata, mudahnya DS seolah mengajar filem gangster
lain, ini filem gangster tempatan yang punya identiti, berpaksi realiti
namun ada nilai komersialisasi. (Lihat Kungfu Hustle (2004) yang
menonjolkan kuasa gangster sebenar hanya berselipar dan berwajah cina
kampungan berbanding gangster geng kapak yang elegan copycat ala-ala
Godfather). Ya, aku rasa tiada kata ganti diri 'Lu Gua' di dalam DS dan
aku agak gemar babak Dollah membelasah para stuntman di hadapan Cico,
seolah setiap tumbukan berkata, 'ini cara Malaysia, bukan Hong Kong,
bukan Hollywood'.
Dan, di saat semua mata tertumpu pada sisi lembut Sharnaz Ahmad (entah kenapa, aku merasakan Fizz Fairuz mungkin lebih baik jika memegang watak Shah Dazzle) dan ranum Neelofa yang kini telah berhijrah, secara peribadi aku katakan Lalat dan Riza (Aisyah Hasnaa) antara penggerak kuat cerita ini. Cuma aku agak terasa tergesa-gesa di pengakhiran yang membuatkan aku sedikit lupa moment hillarious di sepanjang tontonan. Namun, setiap dialog yang sinis dan tepat memanah iklim industri tempatan cukup menghiburkan, cumanya aku masih kurang setuju jika ada watak individu diparodikan (walau secara sinis dan tidak secara literal kerana agak kurang sesuai dengan culture dan faktor agama).
Anyway, Abang Aziz M. Osman rules!
SKOR: 7.5/10

No comments:
Post a Comment