Wednesday, November 5, 2014

Rocket Science (2007)


http://www.imdb.com/title/tt0477078/

"It's not rocket science" - ayat yang biasa kita dengar dipertuturkan untuk merujuk kepada sesuatu yang mudah, tak sesusah mana. Jadi, judul 'Rocket Science' yang tertera besar-besar pada filem ini sudah tentu lah memberi bayangan kepada kita perihal kesukaran yang dihadapi protagonis cerita, Hal Hefner. Hal seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, pemalu, tak ada self confidence, dan punya banyak masalah. Lagi teruk bila benda itu dizahirkan terang-terang dengan kelemahan diri dia yang paling ketara iaitu gagap - hendak menuturkan sebaris ayat ringkas saja sudah sesukar Matematik Tambahan bagi dia.

Jadi kau bayangkanlah sendiri macam mana payahnya bagi Hal, bilamana dia pada suatu hari direkrut oleh gadis yang dia minat untuk menyertai persatuan debat sekolah mereka. Gadis itu tak lain adalah Ginny Ryerson (lakonan Anna Kendrick), seorang bintang debat sekolah tingginya yang baru kehilangan ketua persatuan dan pasangan debat dia, Ben - selepas gagal dalam satu pertandingan di peringkat daerah. Ginny sedari awal adalah obsesi Hal, 'the girl next door' yang jadi idaman hormon remaja beliau. Persoalan yang sama bermain dalam minda Hal dan audiens; apa yang Ginny nampak pada mamat ini? Namun benda tak masuk akal itulah yang jadi cebisan harapan buat Hal dan kita semua, samada terhadap perhubungan dia dengan Ginny mahupun hidup Hal secara keseluruhannya. Tapi itu semua sebelum kebenaran memukul kepala Hal bersekali dengan kepala audiens lah.

Filem ini menampilkan antara lakonan awal Anna Kendrick yang best, watak dia paling  mengingatkan saya kepada watak lakonannya dalam Up in the Air - yang bijak, kejam, dan agak fakap. Seperti kebanyakan filem dengan tema 'coming of age', Rocket Science adalah filem tentang pergolakan, konflik dalaman dan kekeliruan remaja ketika fasa peralihan menjadi dewasa. Namun ia bukan naskhah yang cliche, walaupun isi yang hendak disampaikan mungkin lebih kurang sama dengan apa yang kita dapat daripada Clueless, tapi ia disampaikan dengan gaya yang berat (ya, ianya komedi, tapi komedi dengan sipi tragedi) menjadikan ianya sebuah filem yang lebih memberi kesan berbanding dilihat cuma sebagai hiburan.

SKOR: 7/10
Hamidi Zakaria

No comments: