http://www.imdb.com/title/tt2071550/
"Open Grave" dimulakan dengan menunjukkan watak utama terjaga di sebuah lubang yang dipenuhi mayat tanpa sebarang memori bagaimana dia sampai ke sana.
Apabila dapat melepaskan diri dari lubang itu,dia ternampak sebuah rumah yang berhampiran dengan hutan di mana disitu dia terjumpa dengan 5 orang yang dalam keadaan takut dan juga mengalami kehilangan memori.
Walaupun pada mulanya,kecurigaan terhadap diri masing masing menyelubungi mereka tetapi mereka mengambil
risiko dengan memberi laluan kepada kesedaran bahawa mereka perlu bekerjasama untuk terus hidup.
"Open Grave" menyajikan sebuah teka-teki bagaimana perilaku kita jika diberi peluang untuk mencipta semula diri kita? Dan jika kita kehilangan memori,walaubagaimana pun caranya , apakah memori itu masih milik kita?inilah elemen yang dapat kita rasai dalam filem ini jika kita menjiwai watak utama yang menderita amnesia.Tetapi filem ini akhirnya seolah-olah lebih berminat untuk mengejutkan kita daripada memprovokasi kita secara falsafah.Di sini kita dikejutkan dengan kedatangan "zombi"(sebenarnya bukan zombi yg macam kita sangkakan).
Bagaimana mereka mereka itu menjadi seperti 'zombi'?dan akhir sekali bagaimana enam orang yang tidak dikenali itu mungkin atau mungkin tidak terlibat dengan kejadian 'zombi' berkenaan, masih menjadi misteri filem ini sehingga pengakhiran filem.Ya filem ini berakhir dengan penuh persoalan.
Pada saya filem ini sangat bagus dari segi penceritaannya.pembikinan filem yang sebegini harus dibelakangi
dengan 'crew' pengambaran yang bagus.tetapi sayangnya filem ini seolah olah seperti melepaskan batuk di tangga.walau apa pun,saya masih 'enjoy' dengan filem ini.
SKOR: 6/10
No comments:
Post a Comment