Wednesday, November 19, 2014

Big Hero 6 (2014)


http://www.imdb.com/title/tt2245084/

Peminat animasi Jepun pasti akan suka filem ini, tentang satu robot yang besar tapi mesra.

Tuan direktor Christopher Nolan pasti bengang bagaimana filem tentang seorang budak lelaki dan robot comelnya berjaya menendang Intersteller ke tempat kedua kutipan box office di Amerika.
Tidak seperti filem Frozen yang antara formula-formula kejayaannya ialah watak-watak tuan puteri, lagu-lagunya yang mega dan dunia dongeng,

Big Hero 6 mengambil risiko dengan mengetengahkan watak protaganis yang 'nerd', langsung tiada lagu dalam filem ini dan sebuah cerita jujur yang menggunakan keindahan saat-saat senyap sebagai formulanya yang sungguh brilliant sekali.

Bagi mereka yang telah menonton filem ini, yang juga pernah menonton filem-filem anime Jepun pasti akan faham apabila saya katakan bahawa formula utama filem berhati besar ini adalah cara penceritaannya yang tenang, tidak laju.

Terdapat 'pause' yang panjang semasa babak hero Hiro Hamada (Ryan Potter) and robotnya Baymax duduk di satu tempat yang tinggi di awan tanpa berkata apa-apa. Aku tidak pernah menonton babak-babak yang sebegitu di dalam filem animasi buatan Amerika yang selalu memenuhi setiap babak dalam filem animasi mereka dengan aksi, dialog atau lagu.

Sewaktu aku sedang berada di dalam panggung wayang, tiba-tiba aku terfikir tentang watak-watak robot yang ada di dalam filem-filem seperti Robocop dan Terminator yang merupakan robot-robot yang ganas.

Tetapi watak Baymax sama sekali satu watak yang baik dan lemah lembut, mengingatkan aku tentang Totoro satu watak daripada filem anime Jepun yang epik My Neighbour Totoro. Dan pengaruh anime Jepun aku rasa tidak berakhir di situ. Babak Baymax terbang atau apabila Baymax berlawan juga ada rasa aura anime di situ.

Kesimpulannya, filem Big Hero 6 ini adalah satu filem fusion yang menggabungkan unsur-unsur Timur dan Barat dengan bijak sekali.

Pada pendapat aku, filem ini cuba untuk keluar dari norma-norma filem  animasi buatan Amerika yang biasa kita tonton. Ceritanya juga agak menyentuh jiwa, tentang nilai-nilai kekeluargaan, persahabatan, kegigihan dan tentang membuat perkara yang betul, sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Aku amat merekomendasikan filem ini kepada semua movie addicts.

SKOR : 8.5/10

Edmond Dantes

No comments: