Sunday, November 2, 2014

Dendam Orang Mati (2014)


Dendam Orang Mati (2014) arahan Jason Chong di bawah produksi KRU pada aku adalah naskah yang menghiburkan, sekurang-kurangnya membuatkan aku fokus terhadap naratif cerita dari awal hingga akhir kerana filem ini ada personanya tersendiri. Plotnya mudah difahami namun bukan tipikal filem Melayu. Jason Chong cuba untuk menyisipkan beberapa turning point yang menarik melalui naratif penceritaan. Persoalan demi persoalan dan jawaban yang perlu di analisa sendiri oleh audien. Beberapa isu seperti nombor 4 yang membawa malang menerusi kepercayaan orang cina, masalah psikologi watak, dan konsep hukuman dosa di dunia telah diketengahkan oleh Jason Chong sebagai elemen cerita untuk Dendam Orang Mati. Pencahayaan dalam filem bagi aku sesuai untuk setting filem horror. Setting lokasi pula banyak bertempat di tingkat 3A atau sepatutnya tingkat 4 iaitu di rumah Lena lakonan Lisa. Tingkat tersebut digambarkan sangat buruk, kotor, tidak terurus dengan dinding yang hitam dan limpahan air sana sini untuk memberi gambaran neraka dunia yang terkongkong dalam minda Lena, dan sangat bertentangan dengan konsep rumahku syurgaku dimana dalam plot filem ini dapat kita lihat bertapa pertentangan konsep itu wujud dalam hidup Lena daripada zaman remajanya hingga pada zaman perkahwinannya.

Dari segi lakonan, Lisa Surihani telah menghidupkan watak Lena dengan berkesan sebagai seorang isteri, ibu, yang mengalami amnesia pada awalan cerita. Penonton kemudian diajak bermain-main dengan isu sama ada penampakan hantu itu adalah realiti ataupun hanya mainan dalam minda Lena yang sememangnya mengalami amnesia dan gangguan mental dari kecil. Luckily, isu ini berjaya digarap dengan baik oleh Jason Chong supaya mengheret audien dengan pelbagai persoalan sehingga ke akhir cerita.

Apa yang saya ingin komen sedikit adalah pada teknik CGI yang digunakan kepada roh orang mati adalah kurang bersesuaian. serta mengurangkan impak keseraman, sama seperti yang terjadi kepada filem Seventh (2014) yang juga merupakan filem seram lokal. Namun begitu, perlu juga saya tegaskan bahawa filem ini juga mempunyai antara solekan dan design roh orang mati/hantu yang menarik. Take note kepada kemunculan roh anak Lena pada pertengahan cerita dan hantu uncle dalam lif. Scene di mana penampakan roh anak kecil tersebut dengan tempurung kepalanya yang hilang separuh agak senggama minda dan personally, scene tersebut sangat win. Solekan manual disertai dengan cgi yang tak over the top aku rasa lebih sesuai untuk memastikan meter seram filem ini dalam paras yang baik. Namun sayang sekali kerana mungkin sebab filem ini filem KRU, maka CGI masih ditekankan walaupun kadangkala tampak rendah kualitinya.

Secara keseluruhan, bagi aku filem ini menghiburkan, dan lebih baik jika nak dibandingkan dengan filem filem horror antarabangsa yang keluar lebih kurang waktu dengannya seperti Annabelle, dan Ouijia. Mungkin kerana persamaan kebudayaan membuatkan aku lebih mengangkat filem ini daripada the other two. Akhir kata, audien sendiri perlu merungkai beberapa persoalan yang diajukan menerusi filem ini iaitu adakah hantu benar wujud ? Mainan minda Lena ? Planning Fizz Fairus iaitu suami Lena dan isteri barunya ? ataupun segalanya terjadi atas kedegilan Lena sendiri. Terdapat pelbagai persoalan, menunggu untuk anda merungkaikan satu persatu.

3/5. Sekali lagi, rating adalah subjektif. Mungkin sahaja aku memberikan markah seperti ini kerana seronok melihat lakonan berkesan Lisa Surihani sebagai Lena dalam filem ini.

SKOR: 6/10

Eswandy Asre

No comments: