Wednesday, June 4, 2008

The Lives of Others (2006)

BRAVO!!! Ini filem memang berhak menjadi pemenang Anugerah Akademi bagi tahun 2007 bagi kategori Best Foreign Language Film of the Year. Pada mulanya aku agak sangsi melihatkan durasi filem yang mencecah 130 minit untuk sebuah drama, sudah pastinya aku tak tahan nak menunggu sampai habis filem.

Ternyata sangkaan aku meleset. Kerana sepanjang durasi filem, I was hooked!

Filem ini membawa kita sekitar tahun 80an, tatkala East Germany masih lagi menganut fahaman sosialis. Ketika itu, unit perisik negara, Stasi, aktif merisik rakyat mereka sendiri, mencari bukti jika ada di antara rakyat mereka yang menjadi pembelot negara.

Enter frame, seorang nasionalis, juga seorang Stasi, yang ditugaskan untuk merisik seorang pengarah teater yang disyaki menjadi pembelot. Rumah pengarah tersebut di'wire' keseluruhannya untuk mendapatkan bukti. Beberapa hari si Stasi ini mendengar setiap perbualan pengarah tersebut dengan aweknya, menimbulkan pula sangsi terhadap apa yang difikirkannya 'benar'. Sistem yang dianutinya ternyata tidak adil dan menyeleweng.

Persoalannya sekarang, bukti sudah ada untuk mendakwa si pengarah, tetapi jauh di lubuk hati si Stasi ini, anutan terhadap negaranya pun menjadi goyah. Beliau terpaksa memilih samada bersama dengan anutannya ataupun mengakui bahawa sistem yang dianutinya itu menindas. Cuma apabila dipilih yang kedua, nyawa beliau sendiri akan terancam atas dasar mengkhianati negara.

Sebuah drama yang intense! Highly recommended!

SKOR: 10/10

No comments: