Pengarah: Hideaki Anno, Shinji Higuchi
Pelakon: Hiroki Hasegawa, Yutaka Takenouchi, Ishihara Satomi
Tarikh tayang: 22 September 2016
Pengedar: TGV Pictures
IMDB: www.imdb.com/title/tt4262980/
Ulasan:
Belum pernah lagi dalam hidup saya, mengulang filem yang sama di pawagam sebanyak 3 kali.
Bukan senang nak tampilkan kelainan memandangkan sudah ada banyak filem Godzilla sebelum2 ni tapi nampaknya penulis dan pengarah, Anno Hideaki berjaya. Kisah bagaimana kerajaan mahu mengendalikan bencana, cuma bencana tersebut dalam bentuk........kaiju!
Walaupun banyak cakap tapi ianya seimbang dengan aksi, puas jugalah dengan aksi-aksi dalam filem ni. Pun begitu, sesetengah part bercakap mungkin patut dikurangkan.
Special effects-nya bagus tetapi tidaklah mampu menandingi Hollywood. Perlu ke menandingi Hollywood? Menjadi diri sendiri adalah lebih baik. Pun begitu, ada part yang saya rasa diorang tak patut guna CGI kerana nampak 'terlalu tak real'.
Design Godzilla adalah design yang sama dengan versi asal 1954 dan sengaja dibuat tidak realistik seperti mata yang tidak berkedip (ada berkedip sekali) supaya mempunyai ciri-ciri seekor kaiju, sekaligus dapat dibezakan dengan versi Hollywood 2014 yang secara terang-terangan disebut sebagai seekor 'haiwan' dalam dialog "this animal and others like it, consume radiation as a food source". Versi Hollywood adalah lebih realistik.
Lakonan aktres Satomi Ishihara sebagai utusan Presiden Amerika tak menjadi dan cacat kerana bahasa Inggerisnya yang pelat sedang beberapa aktor berjaya bercakap bahasa Inggeris dengan baik.
Masih dengan watak yang dilakonkan Ishihara, terdapat helah yang bijak di situ apabila watak utusan untuk Presiden Amerika adalah seorang yang berketurunan Jepun. Ini adalah bertujuan supaya watak utama tetap diberikan kepada pelakon tempatan, dan bukannya orang luar.
Overall, puas hati. Setiap kali pergi, hall panggung tu mesti tak ramai orang. Orang Malaysia tak biasa dengan Godzilla. Sesetengahnya ada yang bersifat double standard, bila Hollywood buat dia boleh terima, bila org lain buat dia kata "bohonglah cerita ni". Walhal ianya subjek yg sama : Godzilla.
Di Jepun, filem ni adalah filem yang paling banyak/kerap ditonton dalam tempoh 50 tahun. Box officenya sudah memecahkan rekod.
Skor: 8.5/10
No comments:
Post a Comment