Friday, October 14, 2016

Peraduan premiere filem THE ACCOUNTANT - Warner Bros. Pictures / Movie Addict

Kita dengar berita tentang Ben Affleck bersilat sejak semalam. Dan untuk MOVIE NITE OUT bersama MOVIE ADDICT edisi bulan Oktober, kami bawakan kepada anda filem Ben Affleck yang bersilat, THE ACCOUNTANT!

Kami ada 40 pasang tiket untuk menyaksikan premiere filem arahan pengarah filem The Warrior, Gavin O'Connor ini yang bakal ditayangkan di pawagam pada 20 Oktober 2016.

Butiran tayangan:
Tempat: GSC PARADIGM MALL
Tarikh: 19 OKTOBER 2016 (RABU)
Waktu: 8:45 MALAM

Apa yang anda perlu buat? :
Di ruangan komen, jawab soalan ini: dalam filem THE ACCOUNTANT, pelakon 'award-winning' Amerika ini pernah membawa watak tenaga pengajar di sekolah muzik bernama Fletcher dalam filem Whiplash di mana cara mengajar dramnya sampai ke tahap mendera pelajarnya. Sebagai Jonah Jameson, dia juga pernah mencerca dan menghina Peter Parker dalam filem Spider-Man kerana kerja foto yang buruk dan dicas murah. Namakan pelakon ini.

Plus point, di antara para pelakon THE ACCOUNTANT, yang mana jadi kegemaran anda dan kenapa?

Dan SHAREkan entry ini di page anda!

Terima kasih kepada rakan kami dari WARNER BROS. PICTURES (Malaysia) untuk tiket-tiket.

SINOPSIS: Seorang akauntan sektor kerajaan ini bersikap biasa pada waktu kerja, tetapi pada waktu malam dia merupakan seorang pembunuh upahan.

Treler: https://youtu.be/0KHOVlEpMyY

Tarikh Tayangan: 20 Oktober 2016
Genre: Aksi / Ngeri
Durasi: 2 Jam 8 Minit
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES (Malaysia)
Pelakon: Ben Affleck, Anna Kendrick, J.K. Simmons, Jon Bernthal, Cynthia Addai-Robinson
Pengarah: Gavin O'Connor

(Pastikan anda tinggalkan email untuk kami hubungi)

No comments: