Pengarah: Colin Trevorrow
Pelakon: Chris Pratt, Bryce Dallas Howard, Nick Robinson, Vincent D'Onofrio, Ty Simpkins, Judy Greer, Omar Sy, B. D. Wong, Irrfan Khan
Tarikh tayang: 11 Jun 2015
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES (Malaysia)
IMDB: www.imdb.com/title/tt0369610/
Ulasan:
WARNING *Jangan baca review ni sebab saya tak suka movie ni. So, saya tulis banyak spoiler. lol.*
1. Popcorn fluff yang sangat bodoh tapi fun.
2. Hollywood yang takkan serik untuk meng'cast'kan watak perempuan sebagai satu simbol seks sahaja. Tidak releven dan tidak mungkin lebih daripada itu. Apabila kritikan filem difokuskan hanya kepada perdebatan antara kebodohan dan tidak logik akal watak perempuan berlari dalam kasut tumit tinggi, kita harus berhenti dan tanya, apakah justifikasi isu politikus 'gender' dalam filem ini? Perempuan yang bekerjaya dan pintar, tidak cukup. Ia perlu menjadi objek yang seksi. Sebab tu ada sorang je watak perempuan dalam tu. Watak lain yang bodoh: ibu dua beradik yang 'terhukum' kerana berjawatan tinggi (bercerai), nanny yang tidak reti-reti guna handphone untuk mencari dua beradik yang hilang hanya dijadikan objek baling-baling.
3. Selepas 22 tahun Jurassic Park 'menggegarkan' pawagam dengan skrip penceritaan yang sangat fresh dan seolah-olah 'hopeful' kepada perkembangan teknologi masa depan, Jurassic World pula hanya membuktikan evolusi selera box office menampakkan kemalasan penulisan yang sibuk nak buat franchise.
4. Walauapapun, ia tidaklah sebodoh yang saya sangkakan. Ia sebenarnya cukup bijak, seperti watak Claire: perempuan bijak (tapi jangan lupa dia seksi) cakap, dari segi marketing, masyarakat sekarang memerlukan ciptaan yang tak masuk akal, tapi lebih besar, lebih ganas!! Kerana pengunjung (penonton cinema/orang zaman sekarang) senang hilang fokus tapi mudah terhibur sebab akan ada franchise (banyak lagi duit perlu dikutip).
* Tapi Jurassic World dari segi struktur senibina, sangat mengangumkan sebagai melaksanakan impian 'spare no expense" John Hammond.
SKOR: 4/10
No comments:
Post a Comment