Thursday, March 27, 2008

Shoot 'Em Up (2007)

Quentin Tarantino nampaknya memberi pengaruh yang kuat sekarang ni kepada pelakon-pelakon ternama untuk membintangi filem B-grade. Buktinya filem ini yang dilakoni oleh Clive Owen dan Paul Giamati. It's a revival! Ceritanya agak kompleks, mengenai seorang lelaki yang perlu menyelamatkan seorang bayi yang dibunuh oleh sekumpulan manusia yang mahu ibu dan anaknya mati. Kenapa begitu? Agak panjang untuk diolah disini tetapi mengambil hanya 3 minit dalam filem ini untuk diterangkan. Baki 86 minit filem dipenuhi dengan adegan tembak menembak ala Jet Li dan filem Tamil. Hero menembak kena walau 50 orang melawan sedangkan hero hanya sekali je tertembak (itu pun sipi di lengan). Nyata dengan tajuknya, ini filem aksi 100%. Logik jangan ambil kira.

SKOR: 7/10

No comments: