Saturday, March 29, 2008

The Man From Earth (2007)

Seriously, movie paling simple, dan jugak antara top ten list aku. Scene dia dr awal sampai abeh, cuma beberapa rakan sekerja, pensyarah-pensyarah universiti, yang lepak di ruang tamu salah seorang rakan sekerja mereka Prof. John Oldman yang dah nak retire, dan sembang-sembang sesama mereka. Apa yang mengejutkan, setelah member2 dia demand explanation, kenapa dia retire, padahal masih muda lagi, jawapan yang diberikan ialah, dia dah hidup atas muka bumi selama 14000 tahun, dan tak pernah berusia sejak keluar dr guanya dulu. Telah hidup dalam banyak tamadun2 penting dunia mcm Sumeria, Rome, Palestin dan jugak merata-rata tempat seluruh dunia. Pelbagai emosi dan cabaran yang ditujukan kepada Prof John Oldman, kerana antara dalam cerita-cerita beliao, membabitkan beberapa tokoh penting dalam sejarah peradaban dunia dan bagaimana rakan-rakan sekerja nya yang lain cuba mematahkan dan tidak mempercayai cerita beliau. Tapi apa yang menarik ialah time ending dia, unexpected twist and shattering climax. Apa yang jadi? Carila sendiri movie ni. Movie nih independent movie, dan pengarahnya sendiri, beterima kasih kepada orang spread movie ni melalui torrent. Amat amat amat direkemenkan untuk sapa yang suka cita yang dalam dan meaningful.

Skor : 9/10
Pengulas: lati0s

No comments: