Wednesday, March 26, 2008

The Kingdom (2007)

Sikap bias masih lagi menyelubungi filem hollywood. Filem ini mengisahkan sekumpulan agen amerika membuat penyiasatan ke atas pengeboman fasiliti US di bumi arab saudi. mereka kemudiannya cuba memburu ketua terroris yang bertanggungjawab iaitu Abu Hamzah. Perjalanan cerita ini penuh dramatik. pelbagai aksi peperangan jarak dekat di paparkan dan juga typical perancangan teroris juga di paparkan. lakonan Jamie Foxx sebagai agen Ronald Fluery dan Jennifer Gardner sebagai agen Janet Mayes benar2 memberi kesan bagi menghidupkan watak yang bias kepada amerika. Lakonan Ashraf Baharom sebagai Colonel Faris Al-Gazhi pula nampak berjaya membawa penonton kepada situasi tidak berpihak kepada mana mana dan bertindak atas dasar kemanusiaan. Setiap plot membawa penonton kepada sifat ingin tahu. Apa yang boleh dikatakan di sini.. Mendebarkan.

SKOR: 8/10
Pengulas: Tormenized

SKOR: 7/10
Bentara

No comments: