Kenduri darah dan organ badan yang bersepahan! Mengisahkan tentang sebuah bar yang diserang oleh raksasa ganas yang mahukan darah. Itu ajelah ceritanya. Yang penting, anda akan disajikan dengan darah yang memancut-mancut, kepala putus dan segala jenis kematian ngeri yang boleh difikirkan. Aku kira, cerita ini banyak mengambil idea dari filem Evil Dead dan Predator. Disamping kengerian yang nyata, sesekali diselitkan dengan humor yang membuatkan aku tersengih-sengih. Dari segi keganasan, aku bagi 9/10.
SKOR: 5/10
Blog ini adalah blog ulasan rasmi untuk group facebook "MOVIE ADDICT" (https://www.facebook.com/groups/movvie.addict/). Dalam bahasa rojak, mahupun bahasa standard.
Monday, March 31, 2008
Sunday, March 30, 2008
Miss Potter (2006)
Siapapun Miss Potter sebenarnya yang riwayat hidupnya dilakonkan oleh Renee Zellweger, beliau tentunya wanita yang menarik. Mempunyai cita-cita dan jatidiri yang kuat, mempertahankannya di dalam zaman yang mana wanita sekadar menjadi penghias kepada lelaki. Miss Potter merupakan seorang andartu (umur 32 tahun tak kawin lagi) yang menolak semua calon suami yang dicadangkan oleh ibunya. Dalam masa yang sama beliau bercita-cita untuk menghasilkan buku kanak-kanak jesteru dari minat yang mendalam sejak kecil. Apabila bukunya mula dihasilkan hasil sokongan penerbit lakonan Ewan McGregor, rutin kerja langsung menghasilkan bibit-bibit cinta. Namun, pahit manis itu mainan kehidupan apabila cintanya hilang akibat dari kematian penerbitnya. Sebuah filem feel good yang hampir-hampir bersifat cerita kanak-kanak sesuai untuk seisi keluarga.
SKOR: 7/10
SKOR: 7/10
Click (2006)
Apa kata kalau anda diberi kuasa untuk memberhentikan masa dan seterusnya membaiki kesalahan yang telah dilakukan ketika itu? Pastinya menarik dan best ye tak? Cuma, bila dah ada kuasa macam tu, datanglah tanggungjawab yang lebih besar. Itulah yang cuba ditekan di dalam filem ini. Michael Newman (Adam Sandler) bermasalah dengan keluarga dan kerja. Dan berlakulah perkara-perkara yang disesalkannya akibat fikiran dan tindakannya yang serabut. Apabila ditawarkan dengan sebuah remote control yang boleh memberhentikan masa oleh Morty (Christopher Walken), Michael merasakan segala masalahnya akan selesai. Tidak disangka, yang datang kemudiannya ialah masalah yang makin besar. Filem komedi yang agak menarik walaupun tak melekat di kepala.
SKOR: 6/10
SKOR: 6/10
Plane Dead (2007)
Kita memang tidak sunyi dengan filem berbentuk zombie. Namun semuanya (kecuali beberapa filem) menggunakan situasi yang sama, iaitu manusia yang dijangkiti virus yang kemudiannya menyerang manusia yang terperangkap; samada di dalam kampung, bandar dan sebagainya. Yang belum ada mungkin, di dalam kapalterbang yang sedang terbang 30,000 kaki dari paras bumi. Inilah sedikit kelainan yang ada. Namun logiknya banyak yang tidak. Antara lain, zombie yang seolah-olah boleh berfikir dengan situasi aci nyorok. Sudah kalau jalan ceritanya diteruskan dengan zombie yang menyerang semberono akan menyebabkan filem ini berakhir dalam masa 15 minit saja. Tetapi disebabkan zombie yang boleh 'berfikir' filem ini boleh ditarik hingga ke 90 minit. Seperti biasa, kita disajikan dengan darah, otak bersepai, tangan putus dan pelbagai jenis kematian yang kreatif.
SKOR: 5/10
SKOR: 5/10
Saturday, March 29, 2008
Employee of the Month (2006)
Politiking cashier? Itulah yang berlaku apabila seorang gadis jelita tiba di Super Club hypermart. Zack seorang pekerja ala-kadar tercabar dengan pekerja bulanan (17 bulan berturut-turut), Vince; dalam usaha mereka berdua untuk memikat gadis tersebut, Amy. Semuanya bermula apabila file Amy mengatakan bahawa beliau telah dibuang kerja akibat "obssessed" dengan pekerja bulanan. Berebutlah Zack dan Vince dengan taktik-taktik kotor selama sebulan untuk mendapatkan tempat sebagai pekerja terbaik bulanan. Jika korang familiar dengan filem Office Space dan Clerks, sudah tentu korang akan menyukai filem ini. Aku menyukainya sehinggakan hampir semua sections dalam Special Features aku tengok. Suatu yang jarang-jarang aku lakukan.
SKOR: 8/10
SKOR: 8/10
The Man From Earth (2007)
Seriously, movie paling simple, dan jugak antara top ten list aku. Scene dia dr awal sampai abeh, cuma beberapa rakan sekerja, pensyarah-pensyarah universiti, yang lepak di ruang tamu salah seorang rakan sekerja mereka Prof. John Oldman yang dah nak retire, dan sembang-sembang sesama mereka. Apa yang mengejutkan, setelah member2 dia demand explanation, kenapa dia retire, padahal masih muda lagi, jawapan yang diberikan ialah, dia dah hidup atas muka bumi selama 14000 tahun, dan tak pernah berusia sejak keluar dr guanya dulu. Telah hidup dalam banyak tamadun2 penting dunia mcm Sumeria, Rome, Palestin dan jugak merata-rata tempat seluruh dunia. Pelbagai emosi dan cabaran yang ditujukan kepada Prof John Oldman, kerana antara dalam cerita-cerita beliao, membabitkan beberapa tokoh penting dalam sejarah peradaban dunia dan bagaimana rakan-rakan sekerja nya yang lain cuba mematahkan dan tidak mempercayai cerita beliau. Tapi apa yang menarik ialah time ending dia, unexpected twist and shattering climax. Apa yang jadi? Carila sendiri movie ni. Movie nih independent movie, dan pengarahnya sendiri, beterima kasih kepada orang spread movie ni melalui torrent. Amat amat amat direkemenkan untuk sapa yang suka cita yang dalam dan meaningful.
Skor : 9/10
Pengulas: lati0s
Skor : 9/10
Pengulas: lati0s
Donnie Brasco (1997)
Based on true story pasai undercover FBI Joseph Pistoone (Johnny Depp) yang inflitrate masok dalam La Cosa Nostra (Sicilian Mafia) dengan nama Donnie Brasco. Pada mulanya, niat Donnie Brasco hanyalah untuk masok sedalam-dalam mungkin ke dalam mafia, tapi lama kelamaan hati dia mula berubah lepaih mula 'berkawan' ngan Ben 'Lefty' Ruggiero (Al Pacino) yang betindak sebagai mentor kepada Donnie Brasco sehingga menyebabkan dia hilang pertimbangan sama ada nak meneruskan atau tak misi yang diamanahkan. Aku suka cita neh sebab dia tunjuk betapa susahnya kalau jadi mafia neh, kira different point of view la, sebab kebanyakan cita2 mafia yang lain suka tunjuk classy life, lots o' money and stuffs like that, tp kali neh ditunjukkan mcm mana kalau mafia neh, memang sampai bila pun tepaksa besusah payah nak pastikan duit yang dikumpul untuk boss masing2 sentiasa cukop dan bimbang setiap masa takut dibunuh dan sebagainya. Movie neh pun bukan nak tunjuk sangat aktiviti2 mafia, tp more on the human's side of mobsters. Cita neh underrated dan x ramai sangat orang tau.. Movie ni antara top ten list bagi aku sepanjang masa. Sesapa yg into mobster/crime movie, memang amat amat amat direkemenkan sangat cita nih.
SKOR: 8/10
Pengulas: lati0s
SKOR: 8/10
Pengulas: lati0s
CJ7 (2008)
Huhuhu... aku tertipu. Ku sangkakan filem tipikal Stephen Chow, rupa-rupanya dah lain acuan. Tiada lagi lawak gila Stephen Chow. Sebaliknya digantikan dengan feel good movie, target untuk seisi keluarga. Aduh! Sorry to say, filem ini walaupun merupakan lanjutan dari obsesi Stephen dengan special effect (Kung Fu Hustle) tapi banyak buang elemen lawak gila-gila. Ada la 2-3 tapi instead of lawak gila-gila elemen sedih dan sayu hubungan anak-bapak menjadi teras utama. Jalan cerita? Lebih kurang macam cerita E.T. Kalau aku tau, tak payah aku susah-susah pi tengok kat wayang.
SKOR: 5/10
SKOR: 5/10
Friday, March 28, 2008
Black Sheep (2006)
Kambing biri-biri ketagihkan darah? Weresheep anyone? Filem B grade makin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini. Cuma bezanya, dahulu filem sebegini sekadar menggunakan modal cukup-cukup yang menyebabkan special effects macam buat di belakang rumah, sekarang mendapat backing modal dari studio yang besar. Untuk filem ini, special effect oleh WETA (Lord Of The Rings)! Eksperimen untuk menjadikan kambing biri-biri super menjadi bencana apabila eksperimen tersebut menjadikan kambing biri-biri ketagihkan darah. Kita akan terkonfius, samada mau takut atau gelak apabila berhadapan dengan kambing biri-biri yang berlumuran darah ini. Tapi untuk selamat, lebih baik lari.
SKOR: 7/10
SKOR: 7/10
The Hitcher (2007)
Suspen dan gore tak pernah menghampakan. Dua pasangan bercinta bertolak ke Lake Havana untuk menghabiskan cuti di kampus. Di tengah perjalanan mereka bertemu dengan seorang hitchhiker. Pertolongan mereka memberi tumpang kepada hitchhiker tersebut ternyata mengancam nyawa mereka. Sebenarnya, beliau adalah pembunuh bersiri jeng jeng jeng... Macam tak biasa apa plot cerita macam ni? Dah berpuluh-puluh kali rasanya. Cuma elemen gore di sini melampau-lampau dan sudah tentunya menarik perhatian peminat filem gore. Rated R18 sudah cukup untuk memberi amaran kepada penyewa DVD tentang elemen ganas terkelaluan dalam filem ini.
SKOR: 6/10
SKOR: 6/10
Ratatouille (2007)
Remy, seekor tikus kampung yang mempunyai skil menakjubkan, iaitu mengetahui rahsia tentang betapa 'sedap'nya makanan. Pada waktu, puaknya memakan apa saja yang boleh dicekau (maklumlah, tikus), Remy sangat memilih apa yang mahu dimakannya. Bukan saja itu, beliau mempunyai skil mengadun bahan-bahan untuk menjadikan sesuatu makanan itu sedap, dengan daya hidunya. Apabila Remy tercampak ke bandar Paris, barulah beliau dapat menikmati erti makanan sebenar (Paris sebagai bandar elit makanan). Apabila berganding dengan chef apprentice secara eksiden, mereka menggemparkan scene makanan Paris sebagai revivalist of excellent cooking. Persoalannya, sejauh mana manusia dapat menerima masakan yang dimasak oleh seekor tikus?
SKOR: 8/10
SKOR: 8/10
Thursday, March 27, 2008
Shoot 'Em Up (2007)
Quentin Tarantino nampaknya memberi pengaruh yang kuat sekarang ni kepada pelakon-pelakon ternama untuk membintangi filem B-grade. Buktinya filem ini yang dilakoni oleh Clive Owen dan Paul Giamati. It's a revival! Ceritanya agak kompleks, mengenai seorang lelaki yang perlu menyelamatkan seorang bayi yang dibunuh oleh sekumpulan manusia yang mahu ibu dan anaknya mati. Kenapa begitu? Agak panjang untuk diolah disini tetapi mengambil hanya 3 minit dalam filem ini untuk diterangkan. Baki 86 minit filem dipenuhi dengan adegan tembak menembak ala Jet Li dan filem Tamil. Hero menembak kena walau 50 orang melawan sedangkan hero hanya sekali je tertembak (itu pun sipi di lengan). Nyata dengan tajuknya, ini filem aksi 100%. Logik jangan ambil kira.
SKOR: 7/10
SKOR: 7/10
The Sleeping Dictionary (2003)
Filem mengisahkan sorang mat salleh dihantar ke hutan sarawak utk sertai kolonial inggeris la , masa kat sana mula la si mamat ni jatuh cinta pada awek orang asli ,(jessical alba ) citer ni memang tak best , dah la aku tgk bahasa perancis , takde subtitle lak tu , aku henjut tgk pasal jessica alba , aper yg menarik cuma lokasi penggambaran di sarawak , dan wajah cantik manis jessica alba , dah macam org malaysia dengan pakai baju camtu , iskkk, banyak adegan panas jessica alba dalam film tu , tu jerrrr, walaupon penggambaran kat malaysia , cuma dua perkataan bahasa malaysia yg aku dengar iaitu"susu bagus" ketika aksi adegan panas tersebut.
SKOR: 2/10
Pengulas: cintakita
SKOR: 2/10
Pengulas: cintakita
Wednesday, March 26, 2008
The Kingdom (2007)
Sikap bias masih lagi menyelubungi filem hollywood. Filem ini mengisahkan sekumpulan agen amerika membuat penyiasatan ke atas pengeboman fasiliti US di bumi arab saudi. mereka kemudiannya cuba memburu ketua terroris yang bertanggungjawab iaitu Abu Hamzah. Perjalanan cerita ini penuh dramatik. pelbagai aksi peperangan jarak dekat di paparkan dan juga typical perancangan teroris juga di paparkan. lakonan Jamie Foxx sebagai agen Ronald Fluery dan Jennifer Gardner sebagai agen Janet Mayes benar2 memberi kesan bagi menghidupkan watak yang bias kepada amerika. Lakonan Ashraf Baharom sebagai Colonel Faris Al-Gazhi pula nampak berjaya membawa penonton kepada situasi tidak berpihak kepada mana mana dan bertindak atas dasar kemanusiaan. Setiap plot membawa penonton kepada sifat ingin tahu. Apa yang boleh dikatakan di sini.. Mendebarkan.
SKOR: 8/10
Pengulas: Tormenized
SKOR: 7/10
Bentara
SKOR: 8/10
Pengulas: Tormenized
SKOR: 7/10
Bentara
Tuesday, March 25, 2008
The Holiday (2006)
The Holiday menyaksikan Jack Black berlakon dalam filem romantik huhuhu... Yang menakjubkan, beliau berjaya melakonkannya dengan baik sekali. Cuma nak komen sebab dia pendek, digandingkan dengan Kate Winslett tu ntah la macam kureng sikit. Anyway, watak utama Winslett dan Diaz adalah penggagal dalam soal cinta. Melalui email mereka membuat keputusan untuk tukar rumah. Winslett pi rumah Diaz di L.A. dan Diaz pi ke rumah Winslett di UK, semata-mata untuk mengubati frustation mereka. Sebaliknya mereka berjumpa pula dengan cinta baru, Jude Law, abang kandung Winslett dan Jack Black, pekerja Diaz. Straight to the point punya cerita tapi penuh dengan harapan kepada mereka-mereka yang dok bercinta tu. Feel good movie. Cuma ye la, mat saleh ni kalau bercinta, baru kenal 3 jam je dah dapat buat anak... kita ni jangan le ikut ye tak?
SKOR: 7/10
SKOR: 7/10
A Mighty Heart (2007)
Sebuah kisah benar yang mengutarakan konflik antara pelbagai budaya dan akhirnya berakhir dengan tragedi yg tiada siapa pun dapat di pertanggungjawabkan. Lakonan Angelina Jolie memberi ransangan kuat bagi mempamerkan emosi di mana belia berlawan dengan kehendak diri dan juga faktor persekitaran di mana Marrianne Pearl (Angelina Jolie), isteri kepada Daniel Pearl, seorang wartawan yahudi telah di tangkap oleh militan ekstrimis di Pakistan dengan tabah mencuba pelbagai usaha untuk menyelamatkan suaminya. perjalan dan flow cerita agak lembab tapi bermesej. Membuat kita berfikir akan kesudahan permusuhan yg melanda dunia sekarang ini dan juga lecehnya karenah birokrasi. MUngkin boleh di kira sebagai propaganda tapi ia agak baik menjadi rujukan untuk human rights!!
SKOR: 7/10
Pengulas: Tormenized
SKOR: 7/10
Pengulas: Tormenized
Monday, March 24, 2008
White Noise 2: The Light (2007)
Lanjutan dari siri pertama (yang aku pun dah lupa camana jalan ceritanya, tapi yang aku ingat best juga), mengenai insan yang boleh mengetahui ajal seseorang. Walaupun dinamakan sebagai White Noise 2 tetapi tiada kaitan langsung dari segi karektornya dengan yang pertama. Namun begitu konsepnya masih sama. Abe Dale (Nathan Fillion) kematian isteri dan anak dalam satu tragedi pembunuhan yang seterusnya menyaksikan Abe cuba bunuh diri yang tidak kesampaian. Beliau hidup tetapi ditambah kuasa, boleh melihat orang yang akan mati dalam bentuk sinar cahaya yang menyelubungi bakal mayat. Cuba menjadi superhero, beliau menyelamatkan mereka-mereka itu tanpa mengetahui kesan dari aksi superhero beliau menyelamatkan mereka yang telah ditakdirkan untuk mati. Hollywood memang banyak idea bab-bab camnih. Take it easy on the concept tetapi agak original walaupun sikit leaning kepada cerita Final Destination.
SKOR: 7/10
SKOR: 7/10
The Simpsons Movie (2007)
Muahahaha... siut je Homer. Lawak dan best. So cerita dia camnih, Homer bela sekor anak babi ni. Biasalah, bini tak suka. Apa gila nak suka, asyik dukung anak babi ke hulu ke hilir siap sayang-sayang macam anak sendiri. Anyway, anak babi ni banyak taik, so bila tangki taik anak babi ni penuh, pening la Homer nak buang. Senang cerita, terus buang kat tasik menyebabkan jadi bencana alam sekitar. Bandar kecil Homer kena kuarantin. Kuarantin pun sempoi, gomen kasi telangkup balang besar kat bandar tu. Gomen tu pun ada la dia punya kepentingan (macam gomen realiti). So, orang bandar ni dengan Homer pun berusaha la nak kasi pecah balang besar tu. Abih camana, terputus hubungan dengan dunia luar, bekalan makanan pun nak habis. Merapu tapi best. Tak boleh tinggal part Homer main dengan anak babi tu sambil nyanyi lagu Spider-pig. Heheheh...
SKOR: 8/10
SKOR: 8/10
Hard Candy (2005)
Best. Filem yang mengajak kita berfikir, adakah patut pesalah dihukum diluar sistem penghakiman? Errr... cerita Rambo pun macam tu ye tak? Let me rephrase, patutkah 'pesalah' paedophile, dihukum dengan kejam di luar sistem penghakiman atas dasar 'besarnya' kesalahan itu? Haaa... baru kena. So camni, sorang budak sekolah berlakon yang dia ni sangat tertarik dengan sorang paedophile ni kat internet. So si paedophile ni pun lure la budak ni balik rumah dia dengan niat jahat. Dia tak tau yang budak ni psycho rupanya. Berlakulah adegan suspens kat dalam rumah. Kejap budak ni sudah seksa paedophile ni, kejap paedophile ni pulak macam nak torture budak ni. Cumanya ending aku tak berapa puas hati ah... Ada ke patut... errr, tengok sendiri daaaa...
SKOR: 8.5/10
SKOR: 8.5/10
Barbershop (2002)
Aku ingatkan nak santai tengok filem komedi ni tapi aku lupa pulak yagn Ice Cube berlakon cerita ni. Bukan tak suka dia, tapi takat yang aku tengok filem lakonan dia ni, tak best hahaha.. tak berapa nak lawak. Begitulah juga dengan filem ni. Problemnya banyak subplot tak lawak tetapi politikal dan kadang-kadang terlampau berkisar tentang hal 'african American' yang membuatkan aku semakin tak peduli. Aku nak komedi, mau funny one-liner ataupun physical jokes, not some shouting about your problem. Terpaksa la aku gelak paksa pada lawak-lawak yang tak berapa lawak tu. Rasa menyesal sewa DVD ni... aduh!
SKOR: 3/10
SKOR: 3/10
Sunday, March 23, 2008
The Hills Have Eyes II (2007)
Sambungan dari filem pertama pada tahun 2006 tapi malang tak best macam abangnya. Plotnya makin tak logik. Lepas satu keluarga sudah kena bunuh pada siri pertama, kali ini US government sudah hantar satu pasukan askar pulak nak selamatkan satu group scientist yang ntah buat apa kat bukit tu. Tak logiknya pasal hantar satu group askar muda2 (includes awek cun hehehe...) nak buat save and rescue tempat yang ramai orang mati terbunuh. Aiyooooo... tapi gore, blood and splatter memang best le. Tangan putus, otak bersembur, kaki patah lipat dua, kepala remuk semua cukup. Jalan cerita, yilek.
SKOR: 5/10
SKOR: 5/10
Friday, March 21, 2008
Reign Over Me (2007)
Ni drama heavy mengenai post-trauma waris mangsa kejadian 9/11. Charlie Fineman (Adam Sandler) jadi orang yang terkesan dan kawannya Alan Johnson (Don Cheadle) adalah rakan karibnya masa zaman college terjumpa Charlie dalam keadaan tak ketentuan. Patut Charlie berjaya dengan kariernya sebagai dentist sama seperti Alan, tapi trauma kehilangan isteri dan 3 orang anak dalam kapalterbang yang langgar NY tower tu menyebabkan dia pun jadi tak betul. Tapi ni bukan komedi ah, walaupun Adam Sandler berlakon tapi berat punya drama. Kalau tak biasa tengok drama berat, jangan tengok nanti tertidur (macam wa pun missus... ceh).
SKOR: 7/10
SKOR: 7/10
Tuesday, March 18, 2008
Hannibal Rising (2007)
Ini filem prequel filem Silence Of The Lamb (SOTL). Cuba mengupas kenapa Hannibal Lecter jadi macam tu masa SOTL. Untuk itu filem ini bukak cerita Hannibal dari kecik belum baligh sampai la dia agak-agak remaja begitu. Suspens macam SOTL takde la. Cuma ada la sikit aksi-aksi brutal masa Hannibal balas dendam kat orang-orang yang telah melakukan sesuatu pada keluarganya.
Skor: 6/10
Skor: 6/10
Music And Lyrics (2007)
Cerita romantik yang OK, not bad. Mengenai seorang pemuzik tahun 80an (Hugh Grant) yang sekarang dah sezen main function orang ramai je. Sekali penyanyi sensasi abad ini sudah mintak dia buat lagu pulak. No problem. Cuma dia tak pandai buat lirik tu pasal dia mintak tolong ini pompuan ah (Drew Barrymore). Scene flashback masa Grant dalam videoklip band ala-ala Duran-Duran tu memang best.
Skor: 6.5/10
Skor: 6.5/10
30 Days of Night
Lama wooo tak tengok cerita seram yang best. Ini filem best. Mengenai satu town di Alaska yang mengalami malam berpanjangan selama 30 hari. Itu time, vampires sudah datang mau wipe out the population. Vampiresnya brutal dan mengerikan. Scene gore pun boleh tahan. Main cantas kepala je.
Skor: 8.5/10
Skor: 8.5/10
Subscribe to:
Posts (Atom)