Tuesday, October 21, 2008

The Assasination of Jesse James by The Coward Robert Ford (2007)

Cita zaman Old West. Sapa yang minat cita2 koboi mesti familiar dengan nama Jesse James, sampaikan nama dia disebut dalam cita Labu Labi. Okeh, movie ni mengisahkan pasai Robert Ford (Cassey Affleck) yang menjadikan Jesse James (Brad Pitt), penjenayah yang terkenal di US sekitar 1880-an dulu, sebagai idolanya dari kecil. Semua artikel, buku atau apa pun bahan bacaan mengenai Jesse James disimpan nya dengan rapi. Akhirnya, beliau berkesempatan untuk join team rompakan kereta api Jesse James, dan berupaya mendekati Jesse James. Tahap obses Robert ni amat memuncak, sampailah satu hari, dia dikecewakan oleh Jesse James, kerana rasa diri dia dibuli dan dimanipulasikan oleh Jesse James sendiri. Plot betambah menarik apabila, satu hari, Robert didatangi oleh beberapa orang polis, yang mengupah Robert untuk membunuh Jesse James. Pelbagai perkara yangterjadi sehingga lah pada satu hari, akhirnya Robert melepaskan tembakan dari belakang yang membunuh Jesse James serta merta.

Tapi cerita tak habis kat situ, lepaih tu Robert diangkat menjadi hero la kononnya, dan menjadi stage-show star yang melakonkan aksi dia menembak Jesse James berulang-ulang kali.Dia mula menjadi paranoid, dan mula dihantui dengan tindakannya membunuh Jesse James.

Akhirnya Ford sendiri dibunuh oleh orang len.

Pace cita ni agak slow, tapi meaningful, dan memerlukan banyak kesabaran untuk tengok sampai abeh.Kita buleh tgk mcm mana obsession buleh betukaq kepada benci sebencinya dengan sekelip mata. IMO, lakonan terbaik Brad Pitt setakat ni. Cassey Affleck plak , quality lakonan dia lagi tinggi dr abang dia.

Score : 8/10
Pengulas: lati0s

Score : 8/10 (Bentara)

1 comment:

zulazahari said...

One of my favourite, dan western memang genre kegemaran aku, lantaklah orang nak kata apa, sayang skrg nie agak kurang filem2 western, kalau ada pun filem2 weird western, western yg dah dicampur aduk dgn unsur seram ataupun sains fiksyen mcm filem Wild-Wild West.