Tuesday, May 17, 2016

Peraduan premiere filem ME BEFORE YOU (Warner Bros. Pictures)

It's that time of the month again! I mean, THE MOVIE NIGHT OUT bersama MOVIE ADDICT!

Kalau anda :
1) Dah rasa "cukuplah dengan summer blockbuster..." dan mahu berubah secara total dengan memilih summer tearjerker sambil melayan romantic drama,
2) Mahu melihat gandingan Emilia Clarke dari siri tv Game of Thrones dan Sam Claflin dari saga The Hunger Games dalam kerangka berbeza yakni romantik,
3) Peminat novel tulisan Jojo Moyes yang mahu melihat teksnya dipadankan ke bentuk filem,
...maka, you're in for an absolute treat sebab kami ada 24 pasang tiket untuk menyaksikan premiere filem romantik drama ME BEFORE YOU yang bakal ditayangkan di pawagam 2 Jun 2016 ini.

Butiran tayangan:
Tempat: GSC 1 Utama, Petaling Jaya
Tarikh: 1 Jun 2016 (Rabu)
Waktu: 8.45 malam

Apa yang anda perlu buat? :
Di ruangan komen, namakan seorang lagi pelakon dari siri tv Game of Thrones selain Emilia Clarke yang turut membintangi filem ini membawa watak bapa kepada William Traynor iaitu Steven.
Pembayang: beliau membawa watak Tywin Lannister dalam GoT.

Plus point, anda boleh kongsikan filem romantik drama kegemaran anda and your thoughts about it.

(Pastikan anda tinggalkan email untuk kami hubungi)

Terima kasih kepada rakan kami dari WARNER BROS. PICTURES (Malaysia)

SINOPSIS: Filem yang diangkat dari novel "Me Before You" nukilan Jojo Moyes ini mengisahkan tentang seorang gadis di sebuah perkampungan kecil, Louisa yang menjalin hubungan tanpa disedari dengan seorang lelaki lumpuh, William yang dijaga olehnya.

Trailer: https://youtu.be/uEv57GJzHMw

Tarikh Tayangan: 2 Jun 2016
Genre: Drama / Romantik
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES (Malaysia)
Pelakon: Emilia Clarke, Sam Claflin, Jenna Coleman, Charles Dance, Matthew Lewis, Ben Lloyd-Hughes dan Janet McTeer
Pengarah: Thea Sharrock

1 comment:

Unknown said...

Charles Dance

poohtjie@yahoo.com