Tuesday, April 5, 2016

Peraduan premiere filem MIDNIGHT SPECIAL (Warner Bros. Pictures)

It's that time of the month again! I mean, THE MOVIE NIGHT OUT bersama MOVIE ADDICT!

Kalau anda :
1) Peminat filem-filem arahan Jeff Nichols
2) Ada isu dengan groupie Darth Vader bernama Kylo Ren yang dibawakan dengan jayanya oleh Adam Driver
3) Nak tengok Kirsten Dunst
...maka, you're in for an absolute treat sebab kami ada 49 pasang tiket untuk menyaksikan premiere filem sci fi drama MIDNIGHT SPECIAL yang bakal ditayangkan di pawagam 14 April 2016 ini.

Butiran tayangan:
Tempat: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur
Tarikh: 13 April 2016 (Rabu)
Waktu: 9:15 malam

Apa yang anda perlu buat? :

Di ruangan komen, namakan pembawa watak Roy, bapa kepada seorang budak lelaki yang punya kuasa istimewa dalam filem MIDNIGHT SPECIAL. Pembayang: dia pernah menerima pencalonan Oscar untuk lakonannya dalam filem Revolutionary Road, dan terbaru pencalonan Golden Globe Award untuk filem 99 Homes. Dia juga muncul dalam filem Man of Steel membawa watak General Zod.
Plus point, anda boleh kongsi filem arahan Jeff Nichols, atau filem lakonan Kirsten Dunst,​Joel Edgerton, Adam Driver atau si General Zod yang jadi kegemaran anda and your thoughts about it.

Sertakan nama dan email anda untuk kami hubungi.

Terima kasih kepada rakan kami dari WARNER BROS. PICTURES (Malaysia) ( www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia )

SINOPSIS: Roy adalah seorang bapa yang perlu melindungi Alton, anak lelakinya yang berusia lapan tahun dan mempunyai kuasa luar biasa. Bersama, bapa dan anak itu telah melarikan diri daripada penganut agama ekstrim dan kerajaan yang merancang untuk menyalahgunakan kuasa Alton itu yang boleh mengubah dunia.



Tarikh Tayangan: 14 April 2016
Genre: Drama / Fiksyen Sains
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES (Malaysia)
Pelakon: Michael Shannon, Kirsten Dunst, Adam Driver, Joel Edgerton
Pengarah: Jeff Nichols

3 comments:

Unknown said...

Michael Shannon. Lakonan beliau dalam filem The Iceman amat real. Watak antagonis yang tidak mengenal erti putus asa dalam Premium Rush juga banyak membantu mood cerita.

Unknown said...

Lupa letak nama & email.
Azrulrazi bin Mohd Amin.
poohtjie@yahoo.com

Grim Claude said...

Michael Shannon.

grimclaude@gmail.com