Wednesday, September 2, 2015

Bukit Kepong versi Digital HD (2015)

Pengarah: Jins Shamsudin
Pelakon: Jins Shamsudin, Hussein Abu Hassan,Dato’ Yusof Haslam, A. Rahim, Suhaina Yahya, Jamaliah Arshad, Aida Ahmad
Tarikh tayang: 27 Ogos 2015
Pengedar: KRU Films
IMDB: www.imdb.com/title/tt0082112/

* Filem BUKIT KEPONG versi asal diterbitkan pada tahun 1981.

Ulasan:

Ada beberapa sebab kenapa aku begitu teruja untuk menonton filem ini di panggung walaupun dah banyak kali menontonnya sejak zaman sekolah rendah hingga sekarang.

1. Nak lihat hasil pembaikan yang dibuat oleh KRU Studio seperti bunyi yang ditukar daripada mono ke stereo, format analog ditukar kepada digital dan sebagainya. Hasilnya memang terbaik dan cukup puas hati aku menontonnya.

2. Mengimbau kembali kenangan aku bersama arwah emak dan adik beradik yang menonton filem ini di panggung masa usiaku 6 tahun.

3. Filem ini adalah filem sejarah yang jarang sekali dibikin oleh penggiat filem negara kita. Lagipun filem ini ditayangkan semasa kita rakyat Malaysia dalam mood kemerdekaan kali ke-58.

Tiada apa yang aku nak komen pasal filem ni sebab segala-galanya terbaik dari setiap sudut. Paling aku minat dah tentu kualitinya yang lebih cantik dan bunyinya yang lebih jelas. Bagi aku hanya mereka yang tiada 'jiwa' sahaja yang tak menitis air mata apabila menonton filem ini.

Memandangkan filem ini hanya ditayangkan di panggung-panggung tertentu sahaja, maka aku pilih untuk menonton di TGV D'Pulze, Cyberjaya. Itu saja pilihan yang aku ada kerana panggung ini yang dekat dengan rumah aku.

Sayang seribu kali sayang, hanya aku dan isteri yang menonton filem ini. Tak pasti pulak bagaimana di panggung lain. Itu sahaja yang buat aku kecewa bila berbicara mengenai filem ini.

Apa-apa pun selepas era Tan Sri Dr. P. Ramlee, inilah filem terbaik pilihanku sepanjang zaman selain filem Dia Ibuku.

SKOR: 9.5/10

Mahfiz Nordin

No comments: