Wednesday, September 2, 2015

Attack On Titan Part 1 (2015)

Pengarah: Shinji Higuchi
Pelakon: Haruma Miura, Kiko Mizuhara, Kanata Hongô
Tarikh tayang: 27 Ogos 2015
Pengedar: Encore Films Malaysia / GSC Movies
IMDB: www.imdb.com/title/tt2072230/

Ulasan:

Saya tak pernah baca manganya dan cuma pernah menonton beberapa babak siri animenya di Youtube. So saya review live action film ini sebagai sebuah bahan standalone dari sudut penonton fresh. Ringkasan cerita, filem ini berlatarkan sebuah dunia di mana hidup manusia diancam kewujudan makhluk-makhluk humanoid gergasi (dipanggil Kyojin/Titan) yang membunuh dan memakan manusia. Bagi mengekang kemaraan Titan, tembok gergasi dibina bagi melindungi umat manusia. Namun pada satu hari seekor Titan yang sangat agam berjaya merosakkan sebahagian tembok dan membolehkan sekelompok Titan lain menceroboh pertempatan manusia. Maka berlakulah pesta darah yang meranapkan satu kampung. Watak utama yang bernama Eren kehilangan cinggey beliau, Mikasa, dalam peristiwa tersebut. Kisah diteruskan selepas beberapa tahun di mana Eren menyertai pasukan khas bagi membaiki tembok yang musnah dan menghapuskan saki baki Titan yang terperangkap di sebalik tembok.

Salah satu kelebihan filem ini adalah depiction keganasan yang agak brutal dan disturbing, walaupun jika diamati teliti terdapat sedikit kelemahan kualiti CGI. Sebelum menonton saya risau kalau banyak part kena censored, namun itu tidak berlaku, thankfully. Gambaran gergasi dalam filem Jack The Giant Slayer hanya seperti seekor kucing comel kalau dibandingkan denganTitan. Ada sesuatu yang eerie dan mengerikan di sebalik mimik muka dan bunyi yang dikeluarkan makhluk Titan itu. Seperti membayangkan badut yang sepatutnya menceriakan tetapi sebaliknya mendatangkan kecelaruan rasa. Psychologically disturbing.

Satu lagi perkara yang menarik perhatian saya adalah muzik latar. Dalam kebanyakan scene diiringi dengan muzik berbentuk orchestra dan choir, kena dengan keadaan dan berjaya menimbulkan mood, hasil sentuhan Shiro Sagisu, best known for karya muziknya dalam siri Neon Genesis Evangelion.

Namun di sebalik semua kelebihan tadi, filem ini menderita dengan lewahan babak yang tidak memberi kesan kuat serta adegan aksi yang tidak begitu cantik persembahannya serta tidak kemas dan teliti. Tidak pasti di mana silapnya, saya rasa konsep keseluruhan sudah menarik perhatian, tetapi lemah dari segi perlaksanaan. Ada beberapa babak yang sepatutnya boleh menjadi Wow! factor tetapi tidak dimanfaatkan dengan baik. Filem ini mengandungi elemen unpredictability yang agak baik, tetapi gagal diberi penekanan dari aspek teknikal, sesuatu yang sangat lazim terjadi dalam adaptasi ke live action film Jepun. Penulis screenplay adalah orang sama yang menulis untuk live action film Gatchaman, tetapi seperti juga filem tersebut, they could have done more.

Seorang rakan bertanyakan saya tentang filem ini. Jawab saya, "Kalau kau suka tengok darah memancut dan cannibalism, bolehlah tengok filem ini." Itu saja gambaran paling sesuai.

Saya bagi 3/5. Filem ini terperangkap antara horror dan action, namun saya cenderung menggambarkan ia sebagai psychological horror sahaja akibat dari kelemahan action. Part 2 filem ini dijangkakan keluar maybe hujung tahun, dan saya akan tonton, harap lebih baik.

SKOR: 6/10

Pyan Gen Fujita

No comments: