Tuesday, November 13, 2012

Mean Streets (1973)


http://www.imdb.com/title/tt0070379/

Martin Scorsese membentuk watak dua kawan rapat Johnny Boy (Robert DeNiro) dan Charlie (Harvey Keitel) secara perlahan. Penyudahnya membawa kita memahami dilema Charlie dan menyampah (atau sedih) dengan keadaan Johnny Boy. Ini bukanlah filem terbaik Martin tetapi ia menyempurnakan perjalanan beliau ke makam yang lebih tinggi.

SKOR: 7/10

To Catch a Thief (1955)


http://www.imdb.com/title/tt0048728/

Bagi yang mengharapkan twist Alfred Hitchcock, nampaknya kurang sikit dari segi ini. Tetapi dari segi extravaganza filem, memang tak boleh lawan di waktu itu. Lakonan gentleman Cary Grant dan diva sebenar Grace Kelly yang memakukan mata di skrin.

SKOR: 7/10

Monday, November 12, 2012

Dirty Harry (1971)


http://www.imdb.com/title/tt0066999/

Kehebatan filem ini mencetuskan beberapa lagi turutan dalam siri Inspektor Harry Callahan. Filem detektif yang tiada twist dan tiada jalan cerita yang sophisticated tetapi menampilkan watak macho over-the-top Clint Eastwood dalam menyelesaikan masalah jenayah dengan penumbuk dan sebiji pistol. I am the law sebelum kedatangan Judge Dredd.

SKOR: 7/10

The Good, the Bad and the Ugly (1966)


http://www.imdb.com/title/tt0060196/

Filem ke-5 terbaik dalam imdb.com adalah filem spaghetti western? Tentu ada rahsianya - coolness watak Clint Eastwood, liciknya watak Lee Van Cleef dan watak Eli Wallach yang menggelikan hati. Anda tidak sedar 3 jam telah berlalu.

SKOR: 9/10

Chinatown (1974)


http://www.imdb.com/title/tt0071315/

Kenapa filem ini penting? Kerana lakonlayarnya dikatakan antara yang paling perfect di dunia dan ia dimasukkan ke dalam silabus kursus di dalam sekolah perfileman antarabangsa. Walaupun anda tidak faham apa erti lakonlayar; tetapi anda perlu tetap tonton dan nilaikan sendiri.

SKOR: 9/10

Thelma & Louise (1991)


http://www.imdb.com/title/tt0103074/

Dua orang wanita yang tiada rupa langsung untuk melakukan jenayah tetapi disebabkan keadaan, mereka menjadi 2 orang paling dikehendaki di selatan USA. Peluang untuk anda menikmati pemandangan cantik di gurun Texas.

SKOR: 6/10

War Horse (2011)



http://www.imdb.com/title/tt1568911/

Filem perang dengan watak utama seekor kuda. Lebih menyerupai filem fairy tales. Happy endingnya memungkinkan linangan air mata jika suasana menontonnya sesuai.

SKOR: 7/10


Saturday, November 3, 2012

Puncture (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1582248/

Filem court drama manusia kerdil melawan raksasa korporat selalunya menarik perhatian ramai kerana kebanyakan manusia merasakan dirinya kerdil. Hanya semangat saja yang membezakannya (juga nasib). Filem ini jatuh dalam kategori ini.

SKOR: 8/10

Friday, November 2, 2012

Safety Not Guaranteed (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1862079/

Filem murahan dari segi bajet tetapi mahal dalam isinya. Kita disajikan dengan jalan cerita yang boleh kata agak original tetapi yang lebih menarik dari itu ialah dialog dan scenery yang umph!

SKOR: 8/10


The Cincinnati Kid (1965)


http://www.imdb.com/title/tt0059037/


Selain dari wanita cantik zaman 60an, filem ini juga memberikan jalan cerita menarik walaupun simple. Cuma akhir filem ini bukan seperti kebiasaan filem moden yang hampir pasti happy ending.

SKOR: 8/10

Thursday, November 1, 2012

Unforgiven (1992)



http://www.imdb.com/title/tt0105695/

Jalan ceritanya agak mudah walaupun bukan kebiasaan genre Western. Tiada banyak pertempuran pistol tetapi ini bukanlah maksud filem ini. Pemenang 4 anugerah Academy Best Picture 1993.

SKOR: 8/10


22 Bullets (2010)


http://www.imdb.com/title/tt1167638/

Kisah ala Rambo dan Die Hard; seorang menghapuskan semua lawannya. Originaliti tiada tetapi ada epiknya.

SKOR: 6/10

12 Angry Men (1957)


http://www.imdb.com/title/tt0050083/

Nasib seorang remaja samada dibawa ke kerusi elektrik bergantung kepada kebijaksanaan 12 juri yang berbincang tentang kes yang dibawa oleh pendakwaraya dan pembela. Shot keseluruhannya dibuat di dalam sebuah bilik juri yang menambahkan tekanan dan elemen claustrophobic.Semua hujah dan bukti menunjuk kepada tertuduh bersalah tetapi seorang juri tidak puashati dan mahukan perbincangan dilanjutkan. Apa sebabnya? You got to see this man...

SKOR: 10/10

Rounders (1998)


http://www.imdb.com/title/tt0128442/

Samada selepas menonton filem ini ada berubah keyakinan bahawa judi adalah skil berbanding dengan nasib, terpulang. Yang penting lakonan Matt Damon berganding dengan Edward Norton memang ada spark yang tersendiri.

SKOR: 8/10

Thursday, October 25, 2012

Killer Joe (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1726669/

Peminat William Friedkin, jangan tak tengok. Kekuatan filem ini menyebabkan anda berfikir beberapa kali untuk ke Texas jika diberi peluang, walaupun secara percuma; setelah beberapa kali menonton filem yang berlatarbelakangkan negeri tersebut.

SKOR: 7/10

The Sting (1973)


http://www.imdb.com/title/tt0070735/

Baru saya tau dari mana datang idea filem Ocean's Eleven (2001)!

SKOR: 10/10

Primal Fear (1996)


http://www.imdb.com/title/tt0117381/

Filem ini mempersoalkan sistem kehakiman dunia yang zahir nampak adil tetapi sebenarnya mudah untuk dieksploitasi atas kepentingan peribadi. Lakonan hebat Richard Gere dan Edward Norton.

SKOR: 8/10

Wednesday, October 24, 2012

Live Flesh (1997)







http://www.imdb.com/title/tt0118819/

Lakonan Javier Bardem sebagai seorang lumpuh sungguh meyakinkan. Rupa-rupanya beliau memang hebat lama sebelum memenangi Academy dalam filem No Country for Old Men (2007). Peminat pengarah Pedro Almodóvar memang wajib tonton.

SKOR: 8/10



Monday, July 9, 2012

Margaret (2011)


http://www.imdb.com/title/tt0466893/

Drama power yang menarik perspektif kita yang menonton untuk setuju/tidak setuju. Paling tidak, kita tau banyak yang tak betulnya dengan mat saleh ni.

SKOR: 8/10

Saturday, July 7, 2012

The Woman in Black (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1596365/

Filem seram cara lama takutnya. Yang lebih penting ialah ini lakonan pelakon Harry Potter. Kena genyeh mata sebab susah hendak menerima beliau memegang watak seorang dewasa dengan anak seorang.

SKOR: 7/10

Moneyball (2011)



http://www.imdb.com/title/tt1210166/

Saya cuba mengelak filem berlatar belakang sukan Amerika (kerana tiada minat dan tidak faham) tetapi tertengok juga. Moral di belakang filem berdasarkan kisah benar ini adalah, anda memerlukan orang bijak pandai juga untuk menang. Brad Pitt dan Jonah Hill adalah terbaik!

SKOR: 8/10

American Reunion (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1605630/

Lawak lucah yang boleh tahan kelakar walaupun sudah tidak original. Sesuai untuk buang masa yang berlebihan (kalau ada)

SKOR: 6/10

Monday, June 25, 2012

We Bought a Zoo (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1389137/

Filem feel-good untuk tontonan sekeluarga. Moralnya adalah keluarga adalah institusi yang memerlukan kerjasama dari semua pihak i.e. dalam filem ini bapa dan anak-anak (ibu sudah tiada).

SKOR: 8/10

The Muppets (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1204342/

Sangat disyorkan untuk tontonan hujung minggu bersama keluarga!

SKOR: 8/10

Sherlock Holmes: A Game of Shadows (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1515091/

Kombinasi lengkap dua pelakon utamanya memberikan lebih ruang untuk interaksi yang berkesan. Perlukan penumpuan dalam menontonnya untuk memahami twist yang berlaku.

SKOR: 8/10

Men in Black 3 (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1409024/

Alamak. Saya mengharapkan lebih banyak aksi dari makhluk asing tetapi kali ini ia lebih kepada drama. Agak mengecewakan.

SKOR: 6/10

The Avengers (2012)


http://www.imdb.com/title/tt0848228/

Filem superhero ramai-ramai memang menyeronokkan selagi tidak terlampau dramatik kerana dramatik itu hanya beberapa superhero je boleh buat i.e. Batman dan Superman. Ini adalah aksi.

SKOR: 8/10


Man on a Ledge (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1568338/

Jalan cerita agak promising tetapi dikacau dengan watak sampingan yang dilucukan yang tidak efektif.

SKOR: 7/10

Mission: Impossible - Ghost Protocol (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1229238/





MI tidak pernah menghampakan dengan aksi over-the-top nya. Kita harap no 5 tahun depan.

SKOR: 8/10

Iron Sky (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1034314/

Filem ini bermula dengan baik tetapi kita menjadi kurang sabar selepas 30 minit filem berjalan. Tetapi scene parodi Hitler di dalam kamar kempen politik itu memang tak boleh tahan kena gelak juga.

SKOR: 7/10

Happy Feet Two (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1402488/

Moral kisahnya sama seperti yang lepas tetapi untuk mereka yang mencari tontonan hari minggu bersama anak-anak, ini adalah sangat disyorkan.

SKOR: 6/10

Chronicle (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1706593/

Menggunakan teknik kamera handheld ala-Blair Witch Project yang sangat efektif. Jalan ceritanya pun memang menarik. It is almost make believe tolak scene akhir yang kembali kepada Hollywood.

SKOR: 8/10

Saturday, April 14, 2012

Warrior (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1291584/

Antara filem lawan dalam kandang (seperti Rocky) yang terbaik dekad ini. Drama di sebaliknya juga cukup baik.

SKOR: 9/10

Don't Be Afraid of the Dark (2010)


http://www.imdb.com/title/tt1270761/

Guillermo del Toro terlibat sebagai penulis skrip. Mungkin dia patut mengarah filem ini kerana hasil pengarah Troy Nixey agak hambar.

SKOR: 6/10

Saturday, March 24, 2012

Bunohan (2011)


http://www.imdb.com/title/tt2041321/

Filem yang membawa diri ke arena antarabangsa kerana bangsanya sendiri tidak mampu mencernanya.

SKOR: 9/10

Midnight in Paris (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1605783/

Pada satu malam anda berjumpa dengan idola anda; Ernest Hemingway, Pablo Picasso, Zelda Fitzgerald dan wanita yang betul-betul anda cintai... yang telah lama meninggal dunia. Abih guano?

SKOR: 8/10

A Dangerous Method (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1571222/

Sejarah pembetukan metodologi psikoanalisis oleh David Cronenberg (memang layak pun dia yang mengarah). Kena ada daya tahan sabar yang tinggi menontonnya.

SKOR: 6/10

Wednesday, March 14, 2012

Young Adult (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1625346/

Moral filem ini ialah an asshole can be an asshole forever without knowing it.

SKOR: 8/10

Sunday, March 11, 2012

The Grey (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1601913/

Survival for the fittest. Manusia sebenarnya lemah.

SKOR: 7/10

50/50 (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1306980/

Baru berumur 27 tahun dan anda ada kanser tulang belakang yang fatal. Sanggupkah?

SKOR: 8/10

Take Shelter (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1675192/

Seorang lelaki yang menerima alamat mimpi dan halusinasi mengenai ribut besar yang bakal melanda. Siapa yang mahu percaya jika keluarga sendiri pun menjauhkan diri?

SKOR: 8/10

The Help (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1454029/

Racism tidak akan hilang dari muka bumi ini. Kejelekan kepada mereka yang mengamalkannya dan harapan kepada mereka yang ditindas.

SKOR: 9/10

Monday, March 5, 2012

The Adventures of Tintin (2011)


http://www.imdb.com/title/tt0983193/

Jika anda seperti saya yang tidak pernah membaca komik Tintin, setelah selesai menonton filem ini menyebabkan saya mahu mencari komik tersebut.

SKOR: 9/10

Carnage (2011)



http://www.imdb.com/title/tt1692486/

Moral dalam filem ini adalah jangan melampau dengan karenah anak-anak. Silap-silap, tak bertegur si ibu dan bapa.

SKOR: 8/10

Hugo (2011)


http://www.imdb.com/title/tt0970179/

Fairy tale yang dikisahkan dengan baik. Terpegun dengan kerja set yang detail.


SKOR: 8/10

Saturday, March 3, 2012

The Yellow Sea (2010)

http://www.imdb.com/title/tt1230385/

Scene lawan tangan (pisau dan kapak) memang antara paling brutal. Ditambah dengan jalan cerita yang menarik. Cuma, can somebody explains to me the ending?

SKOR: 8/10

Monday, February 27, 2012

Delhi Belly (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1934231/

REKOMENDED! Enough said! Sitarrr!!!

SKOR: 9/10


Enjoy this!

J. Edgar (2011)



http://www.imdb.com/title/tt1616195/

Clint Eastwood did it again. Begitu juga Leonardo DiCaprio. History buff mesti suka!


SKOR: 8/10

Sunday, February 19, 2012

Puss in Boots (2011)


http://www.imdb.com/title/tt0448694/

Filem untuk seisi keluarga (susah nak cari sekarang ni)!!!

SKOR: 9/10

Fast & Furious (2009)


http://www.imdb.com/title/tt1013752/

Part pandu laju-laju tu memang best. Tapi lakonan, harap Paul Walker je le.

SKOR: 7/10