Blog ini adalah blog ulasan rasmi untuk group facebook "MOVIE ADDICT" (https://www.facebook.com/groups/movvie.addict/). Dalam bahasa rojak, mahupun bahasa standard.
Tuesday, November 13, 2012
Mean Streets (1973)
http://www.imdb.com/title/tt0070379/
Martin Scorsese membentuk watak dua kawan rapat Johnny Boy (Robert DeNiro) dan Charlie (Harvey Keitel) secara perlahan. Penyudahnya membawa kita memahami dilema Charlie dan menyampah (atau sedih) dengan keadaan Johnny Boy. Ini bukanlah filem terbaik Martin tetapi ia menyempurnakan perjalanan beliau ke makam yang lebih tinggi.
SKOR: 7/10
To Catch a Thief (1955)
http://www.imdb.com/title/tt0048728/
Bagi yang mengharapkan twist Alfred Hitchcock, nampaknya kurang sikit dari segi ini. Tetapi dari segi extravaganza filem, memang tak boleh lawan di waktu itu. Lakonan gentleman Cary Grant dan diva sebenar Grace Kelly yang memakukan mata di skrin.
SKOR: 7/10
Monday, November 12, 2012
Dirty Harry (1971)
http://www.imdb.com/title/tt0066999/
Kehebatan filem ini mencetuskan beberapa lagi turutan dalam siri Inspektor Harry Callahan. Filem detektif yang tiada twist dan tiada jalan cerita yang sophisticated tetapi menampilkan watak macho over-the-top Clint Eastwood dalam menyelesaikan masalah jenayah dengan penumbuk dan sebiji pistol. I am the law sebelum kedatangan Judge Dredd.
SKOR: 7/10
The Good, the Bad and the Ugly (1966)
http://www.imdb.com/title/tt0060196/
Filem ke-5 terbaik dalam imdb.com adalah filem spaghetti western? Tentu ada rahsianya - coolness watak Clint Eastwood, liciknya watak Lee Van Cleef dan watak Eli Wallach yang menggelikan hati. Anda tidak sedar 3 jam telah berlalu.
SKOR: 9/10
Chinatown (1974)
http://www.imdb.com/title/tt0071315/
Kenapa filem ini penting? Kerana lakonlayarnya dikatakan antara yang paling perfect di dunia dan ia dimasukkan ke dalam silabus kursus di dalam sekolah perfileman antarabangsa. Walaupun anda tidak faham apa erti lakonlayar; tetapi anda perlu tetap tonton dan nilaikan sendiri.
SKOR: 9/10
Thelma & Louise (1991)
http://www.imdb.com/title/tt0103074/
Dua orang wanita yang tiada rupa langsung untuk melakukan jenayah tetapi disebabkan keadaan, mereka menjadi 2 orang paling dikehendaki di selatan USA. Peluang untuk anda menikmati pemandangan cantik di gurun Texas.
SKOR: 6/10
War Horse (2011)
http://www.imdb.com/title/tt1568911/
Filem perang dengan watak utama seekor kuda. Lebih menyerupai filem fairy tales. Happy endingnya memungkinkan linangan air mata jika suasana menontonnya sesuai.
SKOR: 7/10
Saturday, November 3, 2012
Puncture (2011)
http://www.imdb.com/title/tt1582248/
Filem court drama manusia kerdil melawan raksasa korporat selalunya menarik perhatian ramai kerana kebanyakan manusia merasakan dirinya kerdil. Hanya semangat saja yang membezakannya (juga nasib). Filem ini jatuh dalam kategori ini.
SKOR: 8/10
Friday, November 2, 2012
Safety Not Guaranteed (2012)
http://www.imdb.com/title/tt1862079/
Filem murahan dari segi bajet tetapi mahal dalam isinya. Kita disajikan dengan jalan cerita yang boleh kata agak original tetapi yang lebih menarik dari itu ialah dialog dan scenery yang umph!
SKOR: 8/10
The Cincinnati Kid (1965)
http://www.imdb.com/title/tt0059037/
Selain dari wanita cantik zaman 60an, filem ini juga memberikan jalan cerita menarik walaupun simple. Cuma akhir filem ini bukan seperti kebiasaan filem moden yang hampir pasti happy ending.
SKOR: 8/10
Thursday, November 1, 2012
Unforgiven (1992)
http://www.imdb.com/title/tt0105695/
Jalan ceritanya agak mudah walaupun bukan kebiasaan genre Western. Tiada banyak pertempuran pistol tetapi ini bukanlah maksud filem ini. Pemenang 4 anugerah Academy Best Picture 1993.
SKOR: 8/10
22 Bullets (2010)
http://www.imdb.com/title/tt1167638/
Kisah ala Rambo dan Die Hard; seorang menghapuskan semua lawannya. Originaliti tiada tetapi ada epiknya.
SKOR: 6/10
12 Angry Men (1957)
http://www.imdb.com/title/tt0050083/
Nasib seorang remaja samada dibawa ke kerusi elektrik bergantung kepada kebijaksanaan 12 juri yang berbincang tentang kes yang dibawa oleh pendakwaraya dan pembela. Shot keseluruhannya dibuat di dalam sebuah bilik juri yang menambahkan tekanan dan elemen claustrophobic.Semua hujah dan bukti menunjuk kepada tertuduh bersalah tetapi seorang juri tidak puashati dan mahukan perbincangan dilanjutkan. Apa sebabnya? You got to see this man...
SKOR: 10/10
Rounders (1998)
http://www.imdb.com/title/tt0128442/
Samada selepas menonton filem ini ada berubah keyakinan bahawa judi adalah skil berbanding dengan nasib, terpulang. Yang penting lakonan Matt Damon berganding dengan Edward Norton memang ada spark yang tersendiri.
SKOR: 8/10
Subscribe to:
Posts (Atom)