Antara
banyak2 filem seram, Poltergeist (1982) dan A Nightmare On Elm Street
(1984) yang saya tonton di pawagam manakala Exorcist (1973), Phantasm
(1979), Dawn Of The Dead (1979), City Of The Living Dead (1980) dan Evil
Dead (1981) yang saya tonton dari pita
VHS, inilah filem2 yang telah menyebabkan saya tidak dapat melelapkan
mata. Masih terngiang2 suara Carol Anne memanggil ibunya setelah ditelan
ke dunia “lain”. Masih terngiang2 bunyi geseran kuku besi Freddy
Krueger diseret di batang paip sewaktu nak terlelap.
Jika anda lihat tahun filem2 tersebut dihasilkan, kebanyakkannya dari tahun 80’an. Di dalam tahun 90’an, filem seram sudah tidak menjadi seram. Jadi macam glamour je lebih. Mungkin kerana kehadiran CG. Lebih teruk lagi, filem yang paling rakus diperkosa oleh CG ialah The Haunting (1999). Buat lah filem zombie apa pun, make-up ganas camana sekali pun, filem “pita video-ditemui” berapa banyak pun, ianya tidak akan dapat mengembalikan magis filem seram 80’an…sehinggalah THE CONJURING ini. Filem ini telah berjaya mengembalikan “mood” dan “feel” seram yang didapati di dalam filem seram klasik yang dahulu2.
Saya bersama rakan2 Malek, Don, Joe V dan Abu V telah menonton filem ini pada jam 12.55 pagi Ahad 28 Julai 2013. Pawagam nombor 4 di GSC Dataran Pahlawan dipenuhi lebih kurang 60-70% penonton waktu itu. Boleh tahan juga jumlah penonton. Macam dah tau2 je filem ini disarankan oleh pengkritik professional di seluruh dunia. Filem dimulakan dengan pakar demonology tersohor USA iaitu pasangan suami isteri Ed dan Lorraine Warren atau lebih dikenali sebagai The Warrens, menayangkan video temubual mereka bersama pemilik anak patung berpuaka Annabelle di seminar paranormal mereka yang penuh sesak dengan hadirin.
Sebelum ulasan lanjut, sedikit mengenai The Warrens: mereka adalah pakar demonology yang telah berjaya mengendalikan kes2 paranormal berprofil tinggi seperti patung berpuaka Annabelle, rumah berpuaka Amityville dan rumah berpuaka di Connecticut. Jika berminat mengenai mereka, anda boleh saksikan sedikit video Ed merakam aktiviti paranormal yang misterius di YouTube yang dipetik dari dokumentari World’s Scariest Ghost Caught On Tape (2000).
Filem kemudiannya memperkenalkan keluarga Perron yang terdiri dari pasangan suami isteri Roger dan Carolyn bersama 5 anak perempuan mereka iaitu Andrea, Nancy, Christine, Cindy dan April berpindah dari Jersey ke rumah terpencil di Rhode Island. Sebaik saja menjejakkan kaki ke rumah tersebut, anjing mereka langsung tidak mahu masuk ke dalam tetapi anak2 perempuannya bermain “hide and clap” tanpa sebarang masalah. Kemudian Christine ditarik sewaktu dia sedang tidur. Lebam mula muncul di tubuh Carolyn. Semua jam dirumah itu secara misterius akan berhenti pukul 3:07 pagi. Carolyn yang bermain “hide and clap” dengan anaknya April telah terdengar tepukan seorang kanak2 dari dalam sebuah almari usang. Roger pula terdengar pintu dibuka dengan sendiri.
Sewaktu Roger bertugas jauh ke Florida, Carolyn sekali lagi telah terdengar tepukan kanak2 di tengah malam buta, menyaksikan bingkai2 gambar keluarga jatuh dengan sendiri, terkunci di dalam kolong bawah tanah yang gelap gelita dan mengalami tepukan itu yang muncul betul2 di sebelah kepalanya. Di dalam masa yang sama, Andrea anak sulung mereka pula diserang oleh lembaga yang muncul dari atas almari usang tadi. Dari sinilah khidmat Ed dan Lorraine diperlukan oleh Carolyn. Setelah Carolyn merayu bersungguh2, mereka bersetuju untuk ke rumah keluarga Perron.
Setibanya ke rumah Perron, Lorraine mengesahkan kehadiran roh budak lelaki bernama Rory yang dapat dilihat menggunakan kotak muzika dan mengesan puaka yang sudah melekat pada keluarga Perron. Kehadiran entiti juga dibuktikan dengan kamera yang diletakkan di seluruh rumah. Dari situlah, kejadian paranormal semakin meningkat dan meningkat dan meningkat sehingga membahayakan bukan sahaja keluarga Perron, malah puaka tersebut terus ke rumah pasangan Warren dan mengancam anak perempuan pasangan Warren yang masih kecil iaitu Judy. Puaka dari Perron tersebut telah memanifestasikan dirinya, duduk di kerusi goyang dan…menggunakan patung berpuaka Annabelle… Adoyai!!!
Pembantu pasangan Warren juga mengalami pengalaman paranormal di rumah itu seperti seperti Drew yang terdengar suara lain di rakaman dan Officer Brad yang terserempak dengan salah satu entiti. Nancy pula di lambung2 dan rambutnya diseret oleh entiti yang tidak dapat dilihat. Akhirnya, Carolyn menjadi mangsa kepada puaka yang bernama Bat….ops! tak boleh cerita banyak2… Tontoninya sendiri…jika berani.
Setiap babak sewaktu adanya aktiviti paranormal amat mendebarkan. Mood seram amat konsisten keseluruhan filem malah semakin memuncak syahwatnya apabila menuju ke babak klimaks iaitu rasukan roh ke dalam Carolyn. Tahap seramnya sudah setanding The Exorcist. Skor muzik Joseph Bishara juga sungguh menyeramkan. Bintang sebenar filem ini ialah kesan bunyi dan bunyi surround digital 7.1 yang meletakkan sumber bunyi tepukan hantu di sekeliling dengan jelas dan mengguna-pakai kesan frekuensi rendah @ LFE atau bass sehingga menyebabkan anda sentiasa terkejut. Lebih2 lagi sewaktu bunyi hentaman2 di pintu tetapi pada saya babak paling klasik dan tidak akan dapat dirasai sekiranya tidak ditonton di pawagam; babak Carolyn bertemu tepukan budak dalam kolong bawah tanah yang gelap gelita. Ada yang terkejut beruk, terjerit dan melompat atas kerusi…termasuk saya. Filem ini bukan untuk mereka yang ada lemah jantung…dan lemah semangat. Saya dan 4 rakan yang lain juga seluruh penonton filem ini di pawagam yang sama mengakui FILEM INI SERAM GILER.
Justeru itu, saya berikan markah 90/100 untuk filem yang terpaling seram sejak The Exorcist 1973. AMATLAH TINGGI DISARANKAN. Sekiranya anda mungkin kecewa dengan ulasan saya terhadap World War Z, saya yakin anda tidak akan dihampakan dengan filem seram ini. Tontonilah filem ini bersama yang tersayang selepas solat terawih. Lagipun, kalau anda tonton waktu lewat malam, “feel”nya tu lebih real sikit. Sedikit pesanan, jika ada penonton yang lain berborak sewaktu tayangan, suruh dia diam atau shut the hell up.

ulasan oleh LAN BYE
SKOR: 9/10