Friday, November 28, 2014

Wreck-It Ralph (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1772341/

Sebenarnya saya terdetik nak mengulas filem ni mungkin sebab baru-baru ni menonton Big Hero 6. Lagipun masa filem ni keluar dulu saya belum join group ni lagi. Apa yang saya ingin sampaikan adalah ulasan peribadi serta kenapa saya bagi Wreck-It Ralph 5/5.

Faktor kedua, sebagai seorang yang mengalir gaming dalam darah, filem ini benar-benar memang untuk kami. Lawak berkaitan konsep respawn point, extra lives, glitches, dan entah berapa banyak references berkaitan tajuk yang mungkin hanya gamers tahu dan suka (Aerith lives!), filem ini memang didedikasi untuk gamers. Dengan isu kedai arked yang satu masa dulu cuma 20 sen sekali main. Zaman Street Fighter II dan entah berapa banyak klon dan modnya (Shoryuken keluar 5 biji hadoken). Filem ini sangat menggamit memori. Saya sangat teruja ketika mengulang tonton berkali-kali sekadar untuk mencari semua cameo dan references, filem ini penuh dengan itu. Seorang gamers wajib menonton filem ini kerana memang filem ini tribute untuk gamers. Namun itu hanya faktor kedua.

Faktor pertama. Walaupun anak saudara saya berusia 6 tahun juga menggemari cerita ini, kalau kena pada situasi dan kondisi, filem ini boleh memberi impak yang sangat kuat kepada orang dewasa. Seandainya watak Vanellope menjadi contoh kepada kanak-kanak dengan membawa elemen bakat, cita-cita dan harapan, watak Ralph pula kena tepat kepada orang dewasa. Ralph mengajar erti penerimaan. Saya rasa mungkin ada antara kita yang pernah melalui situasi Ralph at least somewhere in this life. Di mana kita mempersoalkan tindakan kita, bagaimana kita melihat diri kita sendiri, perkara yang pernah kita buat, benar atau tidak, patut atau tidak, serta penerimaan kita terhadap diri kita sendiri. Kenapa kita diletakkan dalam situasi berkenaan dan kenapa kita mengambil keputusan tertentu. Personally, something happened to me in 2012 and that thing broke me mentally. Saya mula mempersoalkan segala tindakan up to that point. So ketika melihat Ralph, saya nampak diri saya sendiri. Saya rasa tak dapat dinafikan antara scene yang paling kuat dalam sejarah filem Disney di mana Ralph terpaksa mengambil tindakan extreme untuk melakukan apa yang sepatutnya dilakukan walaupun tindakannya itu membuatkan dia dibenci oleh Vanellope, satu-satunya orang yang baik dengannya ketika itu. Okay I admit, I cried during that scene. But in the end, itulah mesejnya. Selain itu, apa yang berlaku pada Ralph juga menjadi tamparan kepada kita tentang bagaimana kita melayan orang lain terutamanya orang yang pada pandangan kita bermasalah. Bagaimana penduduk setempat melayan Ralph yang mengotori tangannya sendiri sebagai watak jahat hanya kerana memang dia dijadikan untuk berperanan demikian semata-mata untuk memastikan game Fix-It Felix itu berjaya. Walhal mereka tak sedar semuanya sebahagian dari sistem kehidupan mereka sendiri, tanpa Ralph mereka semua tiada gunanya. Kalau pada awal lagi mereka tidak melayan Ralph macam sampah, Ralph tidak akan tertekan sedemikian. The whole messages yang buat cerita ni cantik. Anak-anak dan orang dewasa menggemarinya dari sudut yang berbeza.

Sekian saja untuk filem ini.

"I'm bad and that's good. I will never be good and that's not bad. There's no one I'd rather be than me."

SKOR: 10/10

Gen Fujita



No comments: