Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Saturday, October 15, 2016

Don Jon (2013)

Pengarah: Joseph Gordon-Levitt
Pelakon: Joseph Gordon-Levitt, Scarlett Johansson, Julianne Moore, Rob Brown, Glenne Headly, Brie Larson, Tony Danza
Tarikh tayang: 27 September 2013 (US)
Pengedar: Relativity Media
IMDBwww.imdb.com/title/tt2229499/

Ulasan:

I love Joseph Gordon-Levitt ni. Dari masa dia kecil lagi dalam 3rd Rock From The Sun.

Oh and cerita ni best. I can write a thesis about masculine and divine feminine menggunakan cerita ni sebagai sampel untuk menghuraikan teori toxic masculinity dan badan wanita sebagai simbol yang di-opress as well as oppressive dalam consumerisma padat supernormal releasers.... Tapi aku rasa berat sangat la huraian tu untuk hari Sabtu yang santai. Hahaha.

Walaupun sebenarnya cerita ini dipakej sangat ringan tapi ada maksud yang dalam.

Anyhow, aku impress la sangat. Scar Jo nampak cheap, menyampah plak aku tengok karektor dia, sama juga JGL.

Direkomen untuk mereka yang suka Abang Sado dalam hati ada taman. Alamak bunyi cam tajuk picisan drama Melayu la plak! Haha.

Skor: 8/10

Ida Psychedelic

Tuesday, October 4, 2016

Stray Dogs (2013)

Pengarah: Tsai Ming-Liang
Pelakon: Kuei-Mei Yang, Lee Kang-sheng, Kang-sheng Lee, Shiang-chyi Chen, Yi-Ching Lu, Lee Yi-cheng
Tarikh tayang: 12 September 2014
Pengedar: The Cinema Guild
IMDBwww.imdb.com/title/tt3119416/

Ulasan:

Kisah seorang bapa dan dua orang anaknya yang hidup sebagai gelandangan di mana, pada siang hari ketika si bapa bekerja, dua orang anaknya akan menghabiskan masa di pusat membeli belah. Hingga satu hari, seorang wanita yang bekerja di pusat beli belah tersebut telah bertemu dengan anak bongsu perempuan lelaki tersebut dan mengambil keputusan untuk menjaga mereka.

Filem ini agak berat dan boleh jadi membosankan bagi penonton yang suka filem ringan disebabkan penggunaan long take dan single shot dalam hampir kesemua babak. Camera movement yang minimal dan perlahan. Dengan dialog yang sangat minimal dan tanpa menghiraukan kontinuiti, seperti yang Stephen Holden dari The New York Times sebut, filem ini lebih kepada sebuah art installation di mana saya juga bersetuju kerana dalam babak yang dipaparkan penonton akan dibiarkan dengan shot yang kaku, membawa rasa seperti sedang melihat sebuah lukisan. Walau bagaimanapun, sebahagian besar sinematografinya menarik untuk dilihat dan dapat menghilangkan perasaan bosan bagi yang tabah dan sabar. Ia memaparkan sisi kotor dan gelap bandar Taipei itu sendiri.

Disebabkan ini kali pertama saya menonton filem ini dan dari pengarah ini, maka penerimaan saya terhadap filem ini agak berbelah bahagi lagi. Jika dari sudut komersial filem ini boleh jadi sebuah filem yang sangat membosankan dan menimbulkan kekeliruan. Tetapi jika dilihat dari sudut artistik, filem ini adalah sebuah art yang perlu diterokai dengan kesabaran dan penuh penghayatan.

Skor: 8/10

Muhammad Hafiz Bin Rodzuan

The Untouchables (1987)

Pengarah: Brian De Palma
Pelakon: Kevin Costner, Charles Martin Smith, Andy García, Robert De Niro, Sean Connery
Tarikh tayang: 3Jun 1987 (US) 
Pengedar: Paramount Pictures
IMDBwww.imdb.com/title/tt0094226/

Ulasan:

Baru tengok filem ni beberapa hari lepas, ada lah ingat sikit isi filem ni.

Antara sebuah cerita berdasarkan kehidupan seorang lagenda bos mafia yang pernah wujud (info bagi yang belum tahu) pada era 30-40'an di bandar Chicago, Al Capone (Robert De Niro). Tetapi dalam cerita ni fokus utama adalah pada seorang ejen polis, Eliot Ness (Kevin Costner) sebagai teraju utama. Ia mengisahkan usaha Eliot dalam membawa Al Capone ke muka pengadilan atas kesalahan jenayah yang telah banyak dilakukan.

Saya tak pasti sama ada filem ni 100% berdasarkan kisah yang sebenar memandangkan saya pun tak adalah tahu menahu sangat kes sebenar Al Capone ni. Seterusnya, balik ke dalam movie ni. Dua jam yang diberikan agak mengenyangkan perasaan jugalah. Jalan cerita yang tenang dan tidak terburu-buru. Diberi peluang untuk merasai kerisauan dan perasaan gemuruh yang ada pada watak utama dan protagonis yang lain.

Pembangunan watak pada saya amat baik antaranya watak utama yang bergelut dengan prestasi kerja yang agak memalukan pada permulaan cerita dan mula bangkit dalam menjatuhkan Al Capone. Agak kecewa, watak Al Capone macam tak berapa diberi peluang sangat untuk menonjolkan kejahatannya dalam filem ni sebaliknya Frank Nitti (Billy Drago) yang nampak lebih jahat memandangkan Nitti hanyalah seorang sidekick yang dipertanggungjawabkan untuk mengotorkan tangannya bagi memastikan tangan big boss sentiasa bersih. Mungkin disebabkan ia kisah benar dan juga penghujung kekuasaan Al Capone di Chicago. Jadi sikit tu sajalah yang dapat disajikan. Tambahan pula pada babak awal, tangan kotor si Nitti inilah yang membuatkan saya terperanjat dan merasakan dia yang lagi patut kena beduk dari si Capone tu. Hahaha.

Aksi yang tetap diingati sudah semestinya pada babak tembak-menembak kat stesen kereta api yang dipaparkan dengan slow-motion yang mengagumkan. Sedap digaul dengan debarannya. Sinematografinya pula yang kena dengan fesyen omputeh pada latar masa 30-40'an membuatkan saya rasa macam menonton filem Hollywood berwarna zaman 60'an, perasaan saya ja.

Skor: 8/10

Ayyub Azalezah

Wednesday, September 2, 2015

Aloha (2015)

Pengarah: Cameron Crowe
Pelakon: Emma Stone, Bradley Cooper, Rachel McAdams, Bill Murray
Tarikh tayang: 9 Julai 2015
Pengedar: 20TH CENTURY FOX 
IMDB: www.imdb.com/title/tt1243974/

Ulasan:

Sebuah lagi karya Cameron Crowe. Sebuah drama ringan beserta komedi. Menyentuh beberapa isu biasa seperti percintaan, kisah cinta silam, businessman kaya yang tamak, penipuan dan penindasan terhadap warga asal, pembulian kuasa besar ke atas kuasa kecil dan akhir sekali, balas dendam. Terdapat juga isu menarik seperti gerakan warga asal Hawaii yang anti-Amerika yang jarang diketengahkan. Movie ini juga mempunyai ending yang paling sweet, dibuat tanpa sepatah perkataan, hanya dilakonkan dengan expressi muka dan body language. Genius......well done Mr. Crowe.

SKOR: 8/10

Rosen Irwan

Friday, August 21, 2015

Cinta Paling Agung (2015)


Soalan aku kenapa dan kenapa Hanung Bramantyo? Tidak adakah pengarah tempatan yang boleh mengarahkan filem direct to TV ini? Dengan cerita asal juga diilhamkan oleh pengkarya tempatan, (dan cuma shooting di Jakarta), kenapa perlukan Hanung Bramantyo untuk naskah bertaraf telemovie ini? Lagi pula setakat seperti Cinta Paling Agung (CPA) ini, ia seolah telah terlalu biasa di TV kita. Tonton sahaja saban minggu di kaca TV.

Okay. Aku rasakan kenapa Hanung ialah kerana dua sebab. Pertama, cara berpesan. Aku antara yang sering mengikuti filem arahan Hanung. Dan apa yang aku amat gemar ialah, Hanung gemar berpesan dengan caranya. Maksud aku jika menonton filem-filemnya seperti Doa Yang Mengancam, Perempuan Berkalong Sorban ataupun ? (Tanda Tanya), Hanung gemar memberi pesan yang mampu membuat audien berfikir dan terfikir. Ia tidak seolah kita sedang menghadiri sebuah kursus poligami dan melalui proses brainwash oleh fasilitator wanita, (walau mahu bermula seperti itu) tetapi lebih kepada pesanan seorang teman untuk temannya yang mahu berpoligami.

Keduanya, style dan cara Hanung. Ini merupakan antara karya paling lemah Hanung bagi aku. Dialog yang kurang mencengkam, lakonan yang biasa-biasa dan gabung jalin babak yang kadang berchemistry, terkadang tak. Namun disebalik itu, Hanung masih memberi beberapa 'Indonesian style and signature' yang bagi aku pengikat untuk aku terus tonton sehingga tamat. Kerana itu apabila ia bermula dengan layar hitam bertulisan mutiara kata kemudian baru disusuli visual, aku terus terdetik, hah! Ini memang berbau Hanung!

Ringkasnya, CPA bukan sesuatu yang terbaik dan boleh aku katakan ia sekadar berkualiti telemovie. Tetapi siapa pula mahu nafikan pesanan CPA sebagai pesan yang baik? Kita juga punya beberapa pengarah berpesan yang baik seperti Khir Rahman atau Raja Mukhriz. Kerana bagi aku sisi pesan dalam sinema Malaysia semakin agak suram dengan pesan. Jika ada pun, kerana terlalu banyak mungkar hingga mengaburi mesej makrufnya. Dan kerana itu aku memuji naskah ini.
Dan naskah ini bercerita perihal sesuatu yang amat sensitif pada wanita, namun akhirnya berjaya memenangi hati wanita! Dan maaf. Aku tak tahu idea dukung itu idea siapa tetapi ia agak... Urghh!

SKOR: 6.5/10

Hatta Kain Kapan

Wednesday, November 19, 2014

Green Street Hooligans (2005)


http://www.imdb.com/title/tt0385002/

For once, watching an elijah wood movie that made me forget he was frodo. the movie is about a group of hardcore west ham united football fans that go beyond what normal fans would do, kinda reminds me of our high school football team rivalries, almost exactly the same instances, cheering, teasing, jeering, escalading to arguing, scuffling and an invitation to a group fight to settle it once and for all. by then the real result of the football game was irrelevant. however in this movie things go a little beyond that where different 'firms' try to out do each other in terms of putting down their rival teams. on the surface, some would think this movie is to glorify violence and mob mentality, but in essence it is about pride, envy, revenge and the importance of family. even though elijah woods is in the starring role, but really the story is about the green street elite, their history and their rivals. gives you insight to what goes on among english football fans beyond the stadium. 

SKOR: 7/10
  
Rosen Irwan

The Bag Man (2014)


http://www.imdb.com/title/tt2212008/

John Cusack and Robert De Niro, two of my favourite actors so i just had to watch this. its quite interesting and has three of my favourite elements in a movie, everything happens in one night, a twist and a happy ending. the movie is about de niro hiring cusack to carry a bag and meet him in a room 13 at a motel in the middle of nowhere with one condition, never look in the bag. when he reaches there he meets the motel owner and later a prostitute, a midget and a one-eyed black guy, and then things get interesting. apparently everyone including the town sheriff and his officers are all after the same bag. at the same time the prostitute is seeking refuge from her pimp with cusack. the action is not bad and there's some suspense. most of the time you'll be wondering what's the next thing that will go against him, so many hurdles to get over in one night. ultimately he succeeds and then the contents of the bag is revealed, and then comes the twist. 

SKOR: 7/10

Rosen Irwan

Wednesday, November 5, 2014

Rocket Science (2007)


http://www.imdb.com/title/tt0477078/

"It's not rocket science" - ayat yang biasa kita dengar dipertuturkan untuk merujuk kepada sesuatu yang mudah, tak sesusah mana. Jadi, judul 'Rocket Science' yang tertera besar-besar pada filem ini sudah tentu lah memberi bayangan kepada kita perihal kesukaran yang dihadapi protagonis cerita, Hal Hefner. Hal seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, pemalu, tak ada self confidence, dan punya banyak masalah. Lagi teruk bila benda itu dizahirkan terang-terang dengan kelemahan diri dia yang paling ketara iaitu gagap - hendak menuturkan sebaris ayat ringkas saja sudah sesukar Matematik Tambahan bagi dia.

Jadi kau bayangkanlah sendiri macam mana payahnya bagi Hal, bilamana dia pada suatu hari direkrut oleh gadis yang dia minat untuk menyertai persatuan debat sekolah mereka. Gadis itu tak lain adalah Ginny Ryerson (lakonan Anna Kendrick), seorang bintang debat sekolah tingginya yang baru kehilangan ketua persatuan dan pasangan debat dia, Ben - selepas gagal dalam satu pertandingan di peringkat daerah. Ginny sedari awal adalah obsesi Hal, 'the girl next door' yang jadi idaman hormon remaja beliau. Persoalan yang sama bermain dalam minda Hal dan audiens; apa yang Ginny nampak pada mamat ini? Namun benda tak masuk akal itulah yang jadi cebisan harapan buat Hal dan kita semua, samada terhadap perhubungan dia dengan Ginny mahupun hidup Hal secara keseluruhannya. Tapi itu semua sebelum kebenaran memukul kepala Hal bersekali dengan kepala audiens lah.

Filem ini menampilkan antara lakonan awal Anna Kendrick yang best, watak dia paling  mengingatkan saya kepada watak lakonannya dalam Up in the Air - yang bijak, kejam, dan agak fakap. Seperti kebanyakan filem dengan tema 'coming of age', Rocket Science adalah filem tentang pergolakan, konflik dalaman dan kekeliruan remaja ketika fasa peralihan menjadi dewasa. Namun ia bukan naskhah yang cliche, walaupun isi yang hendak disampaikan mungkin lebih kurang sama dengan apa yang kita dapat daripada Clueless, tapi ia disampaikan dengan gaya yang berat (ya, ianya komedi, tapi komedi dengan sipi tragedi) menjadikan ianya sebuah filem yang lebih memberi kesan berbanding dilihat cuma sebagai hiburan.

SKOR: 7/10
Hamidi Zakaria

Sunday, November 2, 2014

The Sea Inside (2004)



Saya teringat akan satu esei yang pernah saya baca dulu, yang antara lain menyebut betapa ada dua tema karya yang selalu dekat dengan audiens. Pertama, adalah tentang kehidupan: di mana kita semua berada sekarang. Sementara yang kedua, adalah kematian: yang belum ada manusia ke sana dan pulang untuk bercerita. The Sea Inside saya kira adalah filem tentang sempadan antara keduanya, tentang euthanasia (tindakan menamatkan hidup untuk terlepas dari kesengsaraan - ya, bunuh diri), namun saya merasakan ianya dihasilkan oleh pengarah yang mengimani kepercayaan betapa tidak ada sesiapa pun patut memilih untuk mati, walau dalam situasi Ramon Sampedro - protagonis filem ini lakonan Javier Bardem.

Kisahnya berdasarkan figura sebenar Ramon Sampedro yang mana dulunya adalah seorang pemuda tampan dan ceria, pada satu hari ditimpa kecelakaan selepas terjun di pantai berdekatan rumahnya. Pada Ramon, dia puas dengan usia mudanya. kehidupan sosial dan memori indah percintaan. Hidup memang best tapi dia tidak ralat jika detik itu adalah penamat untuk dirinya. Tapi dah tentulah bukan itu yang berlaku, Ramon sebaliknya lumpuh hampir seluruh badan. Hidupnya selama 30 tahun terlantar di atas katil, dia menolak untuk menggunakan kerusi roda kerana padanya benda itu semacam parodi kepada kebebasan yang pernah dia nikmati dulu.

"Hidup dalam kondisi rupa ini tak ada maknanya", kata Ramon. Dia mahu segera menamatkan hidup, bunuh diri, tapi mana mungkin dengan keadaannya yang begitu. Dan menurut undang-undang, kau tak boleh meminta bantuan orang lain untuk membunuh diri tanpa dia disabitkan dengan jenayah membunuh. Jadi kita melihat filem ini dibuka dengan usaha Ramon melawan perlembagaan, cuba memenangkan hak beliau untuk menamatkan hidupnya sendiri.

Walaupun sebuah filem mengenai satu manusia yang mengharapkan mati, saya melihat The Sea Inside sangat bertegas soal kehidupan. Banyak persoalan berat tentang kehidupan yang filem ini bawa. Antaranya soal makna kehidupan itu sendiri, dan bagaimana jika kehidupan seseorang dirasakan tidak punya makna? Adakah kehidupan itu hanya tentang kita, dengan mengabaikan orang lain di sekeliling? Ramon pula seorang yang bijak, beliau faham akan semua persoalan itu yang mana melahirkan pendapat beliau mengenai kematiannya sendiri. Lakonan Javier Bardem sebagai Ramon sangat mengagumkan, saya dapat merasa keletihan dan kesengsaraan beliau dalam setiap suara dan senyumannya. Ramon berjaya melahirkan empati audiens - kita boleh faham kesengsaraan dan tindakan beliau tanpa kita bersetuju dengannya.

The Sea Inside pada saya bukanlah sebuah filem yang memberi inspirasi, ia sangat depressing. Namun dengan sifatnya yang begitulah filem ini berjaya menjentik saya, memberi kesedaran yang jelas tentang nilai hidup sebelum mati. Jika filem ini bercakap dengan saya, saya rasa persoalan pokok yang ia tanya direct dengan saya adalah; apa yang menjadi motivasi untuk saya bangun pagi esok?

SKOR 8.5/10

Hamidi Zakaria

Perempuan Berkalung Sorban (2009)


(Sebenarnya, aku ingin menonton Dollah Superstar dahulu, tapi entah kenapa aku memilih PBS tanpa sebab)

Sebelum itu, aku ingin mengimbau semangat Florence Nightingale (1820-1910). Cara fikirnya jauh dan bersifat humanisasi. Antara argumentasinya pada 'kuasa-kuasa' pada waktu itu ialah desakannya agar membenarkan hospital turut menerima pesakit yang berbeza akidah dan bangsa seperti Yahudi dan Islam (termasuklah katolik yang hanya berbeza mazhab). Dan kesan perjuangannya dapat dinikmati hingga kini. Dan semua itu atas dasar mahukan pembaharuan, kebebasan dan kemakmuran.
Dan bila melihat perjuangan Anissa, aku terbawa-bawa semangat Florence Nightingale. Bukan menentang agama, tapi cuba menyetarakan agama dengan kehendak zaman (seperti  meng'indonesia'kan Islam bukan meng'arab'kan Islam) tanpa mengorban kesyumulan dan kesucian Islam itu sendiri. Mungkin filem ini agak sensitif kerana seolah menganggap sekolah pondok (atau pesantren) itu jumud dan konservatif. Namun apa yang cuba dibawa dalam PBS ialah bahawa Islam tidak konservatif, cuma penganutnya yang membawa agama ke lembah jumud.

Aku gemar bila diwujudkan juga watak para antagonis agama. (Aku tak akan lupa wajah Samsudin yang ketika isterinya didalam pantang pun masih mengajak bersetubuh). Dan aku gemar bila watak warak pesantren itu dibawa ke Jakarta yang digambarkan secara sinis liberalisasinya. (Lihat di kota, tiada satu pun watak bertudung. Dan watak ingin bebas Ayu yang punya cowok yang mungkin berzina).

Bagi aku, ada beberapa big turning point yang menonjolkan sisi kontradiksi. Saat Kiyai besar datang dan kelihatan para pelajar berebut-rebut ingin menghambakan diri (Ya. Bagi aku ini sinis terhadap syiah) seolah kiyai itu manusia sacred yang tanpa dosa. Juga adegan rejam (tanpa dibicarakan, awam terus merejam batu atas nama agama) dan Nyai Muthmainnah terus mengambil batu sambil berkata "sesiapa yang tidak berdosa boleh merejam". Ah! Itu ialah sisi manis sebuah perjuangan.

Filem ini jika dilihat secara literalnya seperti mengangkat tema diskriminasi wanita, namun ianya jauh dan lebih dari itu. (Kredit buat Abidah El Khaleiqy selaku penulis novel asalnya). Kekuatan tema serta lakonan bagi aku menenggelamkan mungkin beberapa kelemahan (bagi aku filem ini agak padat seolah dipaksa sumbat keseluruhan novel didalamnya). Dan Reza Rahardian. He's such an actor! Honestly bagi aku, dia jauh lebih jahat dari Tailong dalam KL Gangster 2 tanpa perlu membunuh dan bermandi darah!

SKOR: 8/10

Hatta Kain Kapan

 

Saturday, October 4, 2014

Borgman (2013)



http://www.imdb.com/title/tt1954315/

Bermula dengan satu ayat dari Bible, " And they descended upon the Earth to strengthen their ranks", filem bermula dengan sekumpulan orang termasuk seorang paderi yang membawa senapang pergi berburu sesuatu yang tinggal di bawah tanah. Sesuatu itu adalah mamat yang bernama Camiel Borgman yang membina penempatan di bawah tanah. Mamat ini sedar dan sempat melarikan diri dan memberi amaran kepada kawannya yang lain (2 lelaki dan 2 perempuan).

Dan di sinilah naratif bermula. Camiel dapat melepaskan diri lalu cuba untuk meminta izin mandi dekat sebuah keluarga tapi ditolak oleh Richard sang suami sambil siap kena belasah. Marina sang isteri kesian dan menyelinap masuk Camiel sambil kejahatan perlahan-lahan memasukkan jari jemarinya ke dalam setiap inci kamar rumah mereka.

Review awal mengatakan filem ini hibrid Dogtooth dan Funny Games. Menyamakannya bererti mengabaikan nilai-nilai ambiguiti dalam filem ini. On the surface, filem ini nampak macam home invasion ala-ala The Purge, You're Next atau mungkin kritik pengarah kepada golongan kelas atasan atau orang kaya Barat, tapi gelapnya pergi jauh lebih dari itu. Kedatangan Borgman menghancurkan segala-galanya dalam keluarga tersebut. A pure evil.

Ada banyak soalan yang tak dijawab dan memang dibiarkan untuk para penonton mena'kulnya. Kenapa Camiel dan kawan-kawannya diburu? Kenapa mereka tinggal di bawah tanah? Apakah mereka manusia atau syaitan? Adakah anjing itu jelmaan mereka? Benarkah Camiel boleh menghadirkan mimpi buruk kepada sesiapa yang dikehendaki? Kenapa Richard dapat tanda pangkah di belakang? Apa guna surgery tu? Kenapa Camiel dan rakan-rakannya membunuh?
Kejahatan boleh datang dari pelbagai bentuk dan rupa. Dan mungkin teror psikologi adalah kejahatan yang cukup tidak enak buat manusia.

“The story of Borgman as a kind of devil on earth came to me just like that,” said Mr. van Warmerdam. “Borgen in medieval Dutch is the one who protects the castle — but it’s really the sound of the name that I liked.”

P/s: dalam tontonan kali kedua. Lupa nak tambah bahagian persoalan tu. Dekat belakang Camiel dan sorang lagi kawan perempuannya, ada parut.

Ulasan oleh: Anis Zakaria

SKOR 8/10

Friday, September 6, 2013

The Banquet (2006)


http://www.imdb.com/title/tt0465676/

Kerana filem ini lah saya memutuskan untuk 'follow' karya sutradara Feng Xiaogang, justeru tidak teragak2 untuk menonton Aftershock (2010) sebaik ia dimainkan di wayang sini. The Banquet dibina berasaskan naskhah 'Hamlet' William Shakespeare. Elemen paling menarik dalam filem ini ialah semua watak2 tambahan (dan pak2 pacak) yg tak perlukan dialog dilihat bertopeng, metafora kepada watak2 utama yg walaupun tak pakai topeng, namun sebenarnya mereka 'bertopeng'...setiap satu dari mereka punyai 'agenda' tersendiri.

- Abdul Qadir

SKOR: 9/10

Disconnect (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1433811/

Kisah beberapa keluarga yang berkait dengan internet dan kesannya kepada kehidupan mereka. Gaya filem in the vein of Crash dan Amores Perros. Superb. Scene akhir slow-mo mengingatkan zaman meremang bulu roma ujub dengan cinematography Requiem For a Dream (2000). Highly recommended.

SKOR: 9/10

Good Vibrations (2012)


 http://www.imdb.com/title/tt1920945/

Filem tentang Terri Hooley, papa punk yang telah mengeluarkan remaja dan pemuda Belfast dari gloomy dan doomy waktu Ireland bergolak dengan perang saudara kepada masa depan yang lebih terang. Ini adalah filem tentang human spirit yang sentiasa menang walau apa pun keadaan sekeliling.

SKOR: 8/10

Saturday, April 27, 2013

Breathless (1960)


http://www.imdb.com/title/tt0053472/

Untuk pengkaji filem menyaksikan bermulanya teknik jump cuts dan kamera bergerak dalam era French New Wave. Dan juga pelakon wanita yang cun gila. Selain dari itu, anda harus bersabar.

SKOR: 7/10

Thursday, March 28, 2013

The Words (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1840417/

Bradley Cooper, disebalik watak gila-gila dalam filem bro-mance, juga berupaya melakonkan watak serius. Jalan ceritanya agak menarik tetapi tersadung pada loophole naratif yang agak ketara.

SKOR: 7/10

Wednesday, March 27, 2013

Bad Boy Bubby (1993)



http://www.imdb.com/title/tt0106341/

Twisted! Hanya untuk mereka yang tali perut pendek.

SKOR: 6/10

Sunday, March 24, 2013

Cloud Atlas (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1371111/

Katakanlah apa yang anda mahu katakan tetapi filem ini terlampau tinggi cita-citanya; menganyam beberapa sekuens yang berkait tetapi menyebabkan otak letih berfikir yang akhirnya meninggalkan anda tertanya-tanya.

SKOR: 6/10

Flight (2012)



http://www.imdb.com/title/tt1907668/

Sekuens kapalterbang terhempas nampak sungguh real dan majestic yang patutnya dapat anugerah efek terbaik. Jalan ceritanya pula boleh tahan. Lakonan Denzel Washington memang berkualiti seperti kebanyakan filem lakonannya yang lain. Peminat filem adaptasi autobiografi/real-event memang tidak patut melepaskan filem ini.

SKOR: 7/10

Monday, March 18, 2013

Compliance (2012)

http://www.imdb.com/title/tt1971352/

Walaupun dikatakan sebagai olahan dari kisah sebenar tetapi banyak perkara di dalamnya agak tidak logik. Sebab itu ia dikritik sebagai filem sexploitation moden. Ideanya akan lebih digarap dengan lebih baik andai ruang-ruang ketidaklogikan itu dapat ditampal.

SKOR: 6/10