Sunday, November 2, 2014

Martyrs (2008)


(Benar. Sejak aku mula berkeluarga, aku agak kurang selera menonton genre sebegini walaupun ia kegemaran aku dulu).

Apabila Charles Manson mula mengasaskan Helter Skelter, ataupun ketika Anton Szandor Lavey menubuhkan Church of Satan, ataupun lebih dekat lagi ketika Ariffin Mohamad mengasaskan Kerajaan Langit, akidah twisting mereka banyak berkait dengan inspirasi kepercayaan baru yang cuba keluar dari normali. Pengilhaman itu mewujudkan satu pegangan baru yang berkait dengan alam lain. Dari mana inspirasi gila dan wahyu sesat itu datang? Dan adakah semua agama terkesan?
Maaf. Untuk mengkategorikan disturbing, aku amat selektif. Jika setakat gelenan darah atau siri seksa tanpa simpati, aku tak akan letakkan di dalam kategori ini. Dan aku tak dapat mengagak perasaan orang lain tatkala menonton naskah ini.

Ya. Martyrs aku akan letakkan dalam kategori ini. Ia memang menyilukan dari segi visualnya. Segala sembur-sembur darah, hiris-hiris gilette, seksa dan azab para mangsa... Ah! Cukup membuatkan gigi berketap. Namun ada sisi yang bagi aku lebih menggugah rasa iaitu sisi hentak paksaan kepercayaan yang amat menyesakkan. Kait rasa antara alam yang hidup dan alam selepas mati cuba dikaitkan melalui subjek insan selaku korban. (Ya. Bagi aku simboliknya ialah ketika suapan 'bubur' paksa dan pembotakkan kepala sebagai mata rantai kepada saksi sacred sebuah kehidupan baru). Kerana itu, Martyrs bukan sekadar imaginasi sains gila atau saikopat kosong (walau kelihatan seperti itu). Bagi aku, Martyrs mengajak audiennya melihat sisi falsafah kesesatan dalam sisi kepercayaan setiap insan dan kesan nilai humaniti songsang atas dasar ilmu diluar akal. (Ya. Antichrist antara yang bagi aku manis dalam bermain dengan isu kepercayaan antara Atheist dan Agnostik). Dan jawapan kepada martyrs ialah 'Martyrs'.

Ya. Human Centipede 2 (2011) serius memualkan, tetapi membawa bayangan diri menjadi mangsa dalam Martyrs, ia adalah pengalaman ngeri seorang manusia dan lebih ngeri, kita terperangkap didalam kesesatan orang lain. Mohon dijauhkan dari insan-insan begini dialam realiti. Amiin.

Berbaloi ditonton? High Tension (2003) atau Audition (1999) adalah jawapannya!

SKOR: 8/10

Hatta Kain Kapan

No comments: