Blog ini adalah blog ulasan rasmi untuk group facebook "MOVIE ADDICT" (https://www.facebook.com/groups/movvie.addict/). Dalam bahasa rojak, mahupun bahasa standard.
Showing posts with label KULT. Show all posts
Showing posts with label KULT. Show all posts
Monday, April 22, 2013
The Texas Chain Saw Massacre (1974)
http://www.imdb.com/title/tt0072271/
Filem gore pertama? Memang standard 70an memang meloyakan. Isteri saya sendiri tak tahan nak tengok.
SKOR: 9/10
Sunday, August 24, 2008
Stand by Me (1986)
Klasik! First time aku tengok filem ni kat TV long time ago masa budak-budak lagi. Oleh kerana lupa apa cerita sebenar, sewa balik dan tonton. Beberapa sahabat yang mendengar bisik-bisik mengenai seorang pemuda dibunuh dan dicampak bersebelahan dengan landasan keretapi di satu kawasan tak jauh dari kampung mereka. Disebabkan mau dianggap sebagai 'berani' dan 'hero' kerana menjumpai mayat tersebut, mereka berpakat untuk hiking ke spot itu. Kalau naik kereta dekat je tapi sebab mereka semua bawah umur, hiking untuk menjadi satu hike yang panjang, 2 hari satu malam. In the end, menjadi hero tidak lagi menjadi matlamat tapi nilai persahabatan itu yang terlebih penting. Ramai pelakon handalan sekarang ni jadi famous pasal filem ni antaranya Kiefer Sutherland dan River Phoenix. Oh ye, ini adaptasi dari Stephen King tau!Skor: 9/10
Friday, April 4, 2008
Requiem for a Dream (2000)
KULT!!!
Tanpa prasangka lagi, aku meletakkan filem ini antara filem terbaik yang pernah aku tengok. Semua aspek perfileman yang bagus ada di dalam filem ini. Jalan cerita yang kukuh, character building yang menyeluruh dan cinematography yang out of this world. Darren Aronofsky, pengarahnya berjaya mengembangkan bakatnya setelah filem Pi, untuk menghasilkan antara filem terbaik kurun ke-21.
Requiem for a Dream menceritakan derita insan yang ketagihan dadah. Tiga sahabat baik, Harry (Jared Leto), Marion (Jennifer Connelly) dan Thyrone (Marlon Wayans) adalah remaja average Amerika yang sentiasa mengangankan kehidupan bahagia ala American dreams. Malangnya tindakan mereka untuk mencapai angan-angan tersebut tidak selari dengan apa yang diusahakan. Dalam usaha mereka itu, mereka menggunakan dadah sebagai asbab untuk menjadi kaya. Mereka seolah-olah terlupa akan matlamat tersebut tatkala mereka sendiri ketagihan dadah menyebabkan bisnes yang mereka lakukan menjadi huru hara akibat dari ketagihan sendiri.
Harry pula mempunyai seorang ibu, Sara (Ellen Burstyn), yang sangat disayanginya tetapi menjadi bulian Harry yang memerlukan wang untuk melunaskan nafsu ketagihannya. Sara pula mempunyai masalah tersendiri apabila terpedaya dengan tawaran untuk muncul ke dalam TV hasil dari penipuan skim tawaran melalui telefon. Disebabkan perasan yang beliau akan muncul di kaca TV, Sara cuba untuk menguruskan badan lantas beliau sendiri terikat dengan pil pengurus badan yang dikategorikan sebagai memudaratkan kesihatan.
Sepanjang filem ini kita akan melihat bagaimana impian insan biasa yang mahukan kejayaan, musnah akibat dadah. Boleh diperhatikan bahawa dadah itu memusnahkan diri dalam dua cara, sepertimana ia memusnahkan kehidupan remaja dan seorang ibu didalam filem ini.
Filem ini menjadi filem kult atas dasar mesej yang disampaikan dan bagaimana filem ini menggarap situasi sedih kemusnahan insan-insan di dalam filem ini. Filem ini akan menggubah persepsi anda terhadap dadah dan insan yang malang akibat dari dadah. Anda tidak lagi akan memandang hina terhadap mangsa penyalahgunaan dadah tetapi sebaliknya anda akan cuba menyingkap derita yang dialami oleh mangsa.
Layari youtube, dan tuliskan tajuk filem ini. Anda akan dapati begitu ramai peminat filem ini hinggakan ada yang sanggup membuat trailer sendiri untuk filem ini (lihat trailer di bawah, dibuat sendiri oleh peminat). Oh ye, sebelum terlupa, soundtrack filem ini sungguh berhantu. Dalam youtube juga, anda akan dapati begitu ramai peminat yang memainkan semula soundtrack dengan piano (linat klip dibawah).
Juga aku sangat meminatio cinematography Darren, yang ketika filem ini banyak menggunakan teknik-teknik baru. Sukar untuk aku ulas tapi ada lebih baik baca sendiri di sini (awas, ada spoiler)
SKOR: 10/10 (tanpa syak lagi)!
Wednesday, March 28, 2007
Borat: Cultural Learnings of America for Make Benefit Glorious Nation of Kazakhstan (2006)
Maka pergilah beliau ditemani oleh kameraman (tanpa nama) dan pengarah, Azamat Bagatov (Ken Davitian). Bermula dari New York tetapi berkahir di Malibu gara-gara Borat jatuh cinta terhadap Pamela Anderson yang ditontonnya di dalam hotel ketika di New York. Plot yang mudah tetapi isi di antaranya yang penting.
Cohen meletakkan karektor Borat sebagai seorang yang naive dan lurus bendul - tidak pernah mengenali budaya di Amerika - merasakan bahawa untuk maju, beliau harus mempelajari cara dan moraliti Amerika. Logik yang mudah, jika budaya itu dari negara yang maju dan berkuasa; dipelajari dan dipraktikkan, maka negara beliau juga akan menjadi sebegitu.
Dengan sebab itu, apabila beliau mengambil kelas-kelas seperti kelas adab makan yang betul ataupun adab dalam membuat 'jokes', beliau sebenarnya cuba
'mengeluarkan' ketidakbetulan adab tersebut dari orang yang dipelajarinya. Ini dengan cara menunjukkan bahawa budaya Kazakhstan adalah primitif. Atau dengan lain perkataan, 'spoof' terhadap realiti sebenar.
'mengeluarkan' ketidakbetulan adab tersebut dari orang yang dipelajarinya. Ini dengan cara menunjukkan bahawa budaya Kazakhstan adalah primitif. Atau dengan lain perkataan, 'spoof' terhadap realiti sebenar.Dan yang peliknya, mereka yang masuk dalam filem ini (mereka tidak sedar bahawa ianya hanyalah lakonan) percaya bahawa Borat mewakili budaya Kazakhstan. Pelik kerana mereka dengan serius percaya bahawa budaya Kazakhstan ialah mendiskriminasi wanita ke tahap hamba dan seks di dalam keluarga adalah sesuatu kelaziman di Kazakhstan. Ini membawa kita berfikir, siapa sebenar yang maju dalam fikirannya? Mungkinkah mereka yang maju itu sebenarnya naive kerana berpandangan sebegitu terhadap negara yang tidak maju?
Namun begitu Borat membawakan mesej ini dengan penuh ketawa. Awas, ada lawak beliau yang mungkin menjijikkan (pastikan ini bukan tontonan bersama keluarga). Scene yang mana beliau berbogel dan bergusti dengan Azamat memang menjijikkan. Special Features di dalam DVD ini pun sungguh menghiburkan. Deleted scenes di dalam DVD ini adalah klip-klip yang dikatakan tak sesuai untuk tayangan di dalam panggung wayang. Amat jarang penulis melihat special features tetapi untuk DVD ini saya memberikan diri penulis ruang dan masa dan sesungguhnya penulis merasakan terhibur.
SKOR : 9/10
Pengulas : Bentara
Subscribe to:
Posts (Atom)
