Blog ini adalah blog ulasan rasmi untuk group facebook "MOVIE ADDICT" (https://www.facebook.com/groups/movvie.addict/). Dalam bahasa rojak, mahupun bahasa standard.
Saturday, October 4, 2014
Borgman (2013)
http://www.imdb.com/title/tt1954315/
Bermula dengan satu ayat dari Bible, " And they descended upon the Earth to strengthen their ranks", filem bermula dengan sekumpulan orang termasuk seorang paderi yang membawa senapang pergi berburu sesuatu yang tinggal di bawah tanah. Sesuatu itu adalah mamat yang bernama Camiel Borgman yang membina penempatan di bawah tanah. Mamat ini sedar dan sempat melarikan diri dan memberi amaran kepada kawannya yang lain (2 lelaki dan 2 perempuan).
Dan di sinilah naratif bermula. Camiel dapat melepaskan diri lalu cuba untuk meminta izin mandi dekat sebuah keluarga tapi ditolak oleh Richard sang suami sambil siap kena belasah. Marina sang isteri kesian dan menyelinap masuk Camiel sambil kejahatan perlahan-lahan memasukkan jari jemarinya ke dalam setiap inci kamar rumah mereka.
Review awal mengatakan filem ini hibrid Dogtooth dan Funny Games. Menyamakannya bererti mengabaikan nilai-nilai ambiguiti dalam filem ini. On the surface, filem ini nampak macam home invasion ala-ala The Purge, You're Next atau mungkin kritik pengarah kepada golongan kelas atasan atau orang kaya Barat, tapi gelapnya pergi jauh lebih dari itu. Kedatangan Borgman menghancurkan segala-galanya dalam keluarga tersebut. A pure evil.
Ada banyak soalan yang tak dijawab dan memang dibiarkan untuk para penonton mena'kulnya. Kenapa Camiel dan kawan-kawannya diburu? Kenapa mereka tinggal di bawah tanah? Apakah mereka manusia atau syaitan? Adakah anjing itu jelmaan mereka? Benarkah Camiel boleh menghadirkan mimpi buruk kepada sesiapa yang dikehendaki? Kenapa Richard dapat tanda pangkah di belakang? Apa guna surgery tu? Kenapa Camiel dan rakan-rakannya membunuh?
Kejahatan boleh datang dari pelbagai bentuk dan rupa. Dan mungkin teror psikologi adalah kejahatan yang cukup tidak enak buat manusia.
“The story of Borgman as a kind of devil on earth came to me just like that,” said Mr. van Warmerdam. “Borgen in medieval Dutch is the one who protects the castle — but it’s really the sound of the name that I liked.”
P/s: dalam tontonan kali kedua. Lupa nak tambah bahagian persoalan tu. Dekat belakang Camiel dan sorang lagi kawan perempuannya, ada parut.
Ulasan oleh: Anis Zakaria
SKOR 8/10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment