Wednesday, September 23, 2015

The Visit (2015)

Pengarah: Murugesu Night Syamalan ***
Pelakon: Kathryn Hahn, Ed Oxenbould, Peter McRobbie, Olivia DeJonge
Tarikh tayang: 17 September 2015
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
IMDB: www.imdb.com/title/tt3567288/

Ulasan:

Plot: Mengisahkan dua beradik yang pertama kali menziarahi datuk dan nenek mereka di kampung. Mereka membawa harapan yang besar agar dapat menyambung semula hubungan kekeluargaan yang terputus antara ibu mereka dan pasangan tua itu yang berpisah sekian lama apabila ibu mereka lari dari rumah. Ramai yang kata filem ini bagus dan ada plot twist yang menarik di penghujungnya. Comeback kepada karya hebat tuan Malan kata mereka. Pada saya filem ini sebenarnya sebuah filem tipikal thriller Hollywood yang bertopengkan ciri-ciri sebuah filem hantu horror yang hadir tidak bukan hanyalah untuk menipu penonton. Agar penonton rasa ada twist dalam plotnya. Percayalah. Filem ini tidak ada plot twist. Ia cuma plot build up yang mengajak penonton meneka apa yang terjadi. Mengecewakan sedikit pada akhirnya apabila apa yang ditunggu itu tidaklah menakutkan dan membahayakan sangat kerana dengan senang telah dibunuh oleh kanak-kanak berumur lingkungan 10 tahun seperti membunuh seekor kucing. Bayangkan tajuk filem ni tidak ada bunyi hantu, tidak ada jumpscare, tidak ada mood creepy hantu, tidak ada scene nenek tu hilang tiba-tiba depan cucunya dek kerana kamera mereka jump cut. Ia akan jadi filem tipikal thriller yang biasa kita jumpa. Namun pujian harus diberikan kepada tuan Malan atas kesungguhan berkarya dgn filem low budget sebegini.

P/s: Part yang best dalam filem ni ialah ketika budak lelaki dari 2 beradik itu buat lawak. Dia siap cipta bahasa mencarut yang baru. Bila nak mencarut je sebut nama artis pop wanita. Ada scene waktu dia jatuh tersungkur tu kelakar habis. Dah jatuh sakit. Apa lagi, terus mencarut la. SARAH MCLACHLAN BETUL. Satu panggung gelak kuat.

*** Nama sebenarnya Manoj. Memang sengaja diletak Murugesu agar ada plot twist selepas ini. Hihi.

SKOR: 6.5/10

Nor Azam Seman

No comments: