Tuesday, November 13, 2012

Mean Streets (1973)


http://www.imdb.com/title/tt0070379/

Martin Scorsese membentuk watak dua kawan rapat Johnny Boy (Robert DeNiro) dan Charlie (Harvey Keitel) secara perlahan. Penyudahnya membawa kita memahami dilema Charlie dan menyampah (atau sedih) dengan keadaan Johnny Boy. Ini bukanlah filem terbaik Martin tetapi ia menyempurnakan perjalanan beliau ke makam yang lebih tinggi.

SKOR: 7/10

To Catch a Thief (1955)


http://www.imdb.com/title/tt0048728/

Bagi yang mengharapkan twist Alfred Hitchcock, nampaknya kurang sikit dari segi ini. Tetapi dari segi extravaganza filem, memang tak boleh lawan di waktu itu. Lakonan gentleman Cary Grant dan diva sebenar Grace Kelly yang memakukan mata di skrin.

SKOR: 7/10

Monday, November 12, 2012

Dirty Harry (1971)


http://www.imdb.com/title/tt0066999/

Kehebatan filem ini mencetuskan beberapa lagi turutan dalam siri Inspektor Harry Callahan. Filem detektif yang tiada twist dan tiada jalan cerita yang sophisticated tetapi menampilkan watak macho over-the-top Clint Eastwood dalam menyelesaikan masalah jenayah dengan penumbuk dan sebiji pistol. I am the law sebelum kedatangan Judge Dredd.

SKOR: 7/10

The Good, the Bad and the Ugly (1966)


http://www.imdb.com/title/tt0060196/

Filem ke-5 terbaik dalam imdb.com adalah filem spaghetti western? Tentu ada rahsianya - coolness watak Clint Eastwood, liciknya watak Lee Van Cleef dan watak Eli Wallach yang menggelikan hati. Anda tidak sedar 3 jam telah berlalu.

SKOR: 9/10

Chinatown (1974)


http://www.imdb.com/title/tt0071315/

Kenapa filem ini penting? Kerana lakonlayarnya dikatakan antara yang paling perfect di dunia dan ia dimasukkan ke dalam silabus kursus di dalam sekolah perfileman antarabangsa. Walaupun anda tidak faham apa erti lakonlayar; tetapi anda perlu tetap tonton dan nilaikan sendiri.

SKOR: 9/10