Wednesday, May 28, 2008

Cloverfield (2008)

Filem yang menarik. Menggabungkan teknik Blair Witch Project (guna kamera handheld) dan Godzilla. Jalan ceritanya mudah iaitu raksasa menyerang Pulau Manhattan! Cuma disebabkan gaya seperti filem ambil sendiri, maka kesannya luarbiasa. Sekelompok kawan berparti pada suatu malam di dalam sebuah apartment apabila tiba-tiba berlaku sedikit gempa. Ingatkan gempa bumi, rupa-rupanya serangan raksasa! Subjek mudah apokaliptik diadaptasi dengan sebab yang paling ridiculous! Disebabkan special effectsnya dibuat menerusi camera handheld, ianya dilihat seperti benar-benar berlaku. Ingat cerita Blair Withc Project?

SKOR: 9/10


American Gangster (2007)

Berdasarkan kisah benar suatu ketika dahulu tatkala organized crime rules the USA (sekarang tak ke?). Mengisahkan naik-jatuh kehidupan seorang gangster kulit hitam Frank Lucas (Denzel Washington) daripada seorang balaci kepada ketua gangster yang digeruni. Sukses beliau yang utama ialah kerana beliau seorang yang low-profile dan mendapatkan bekalan dadah direct dari sourcenya. Namun kegemilangan beliau tidak lama apabila organisasi beliau menjadi target organisasi gangster yang lain; tak lupa juga, pihak polis. Walaupun majoriti polis disponsor oleh organized crime sendiri tetapi masih ada yang ikhlas; seperti Detektif Ritchie Roberts; yang diselek secara peribadi oleh autoriti USA untuk membenteras kegiatan dadah yang dilihat sebagai musuh negara no 1 ketika itu.

Gaya arahan Ridley Scott amat berkesan sekali dengan karektor building terhadap dua watak utama filem ini. Teringat cerita Heat (Pacino/DeNiro) yang amatlah bestnya. Adegan brutal pun boleh tahan.

SKOR: 8/10

The Last Time (2006)

Dah lama tak tengok Brendan Fraser dan Michael Keaton berlakon. Dapat jumpa DVD depa berdua berlakon kira nasib baik ah. Cuma ada kekurangan besar. Cerita kurang menyengat hahahaha... Malas aku nak review.

Ted Ryker is the top salesman in the New York office of a business machine company; the corporate stock lives by quarterly sales numbers, the competition is keen, and the economy may be in a downturn. Ted's company is marking time until a new product is ready - probably in a few months. Into the mix comes a new hire, a callow Midwesterner named Jamie, who's come East with his fiancée Belisa. Ted's a cynic - with a failed love in his past; he's profane, he's a lousy team player. He watches Jamie flounder, failing with presentation after presentation. Then, Ted finds a mutual attraction to Belisa. Where can this end?


SKOR: 5/10

Mr. Brooks (2007)

Siapa sangka, seorang jutawan dan dermawan juga adalah seorang pembunuh bersiri? Itulah dilemma En Brooks (Kevin Costner) kita ni. Tapi dia membunuh bukan nak glamer ke apa, cuma ketagih. Gian. Malangnya sekali dia bunuh tu, En. Smith (Dane Cook) sudah nampak. En. Smith ni pun satu hal gak. Dia ugut En Brooks dengan cara pelik, "Aku akan senyap dengan syarat ko bawak aku pi tengok ko bunuh orang". Dua-dua psycho. At the same time, Detektif Atwood (Demi Moore) agak cerdik dan hampir berjaya mengenalpasti pembunuh siri misteri ini. Namun, perjalanan tenang En. Brooks sebagai pembunuh berjaya menjadi kelam kabut apabila didapati bahawa anak perempuannya juga telah membunuh seorang kawannya di sekolah. Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Pening pening... so camana agaknya En. Brooks nak mensetelkan En. Smith si pengugut, Detekrif Atwood si penyiasat dan anak daranya si pembunuh?

SKOR: 7/10

Monday, May 19, 2008

Abre Los Ojos (1997)

Lu orang dah nengok cerita Vanilla Sky (Tom Cruise)? Haaa... ini la filem original. Vanilla Sky "inspired" dari filem ni. Aku pun tak ingat jalan cerita Vanilla Sky (lama dah, tak ingat) samada sama betul dengan filem ni atau ada ubah sikit. Sebab ikut kata inspired tu, tak copy semua la kan?

Cuma jangan terpengaruh dengan cover DVD dengan Penelope Cruz tayang body tu sebagai filem romantik la. Ada la elemen romantik tu tapi sebenarnya ni filem fiksyen sains. Malah, gua ingat, ada macam filem The Matrix. Entah-entah The Matrix pun dapat idea dari filem ni.

Gua tengok filem ni memang kepala gua celaru sikit nak paham. Macam nak paham, tapi tak paham. Kejap macam realiti, kejap macam mimpi. Gua pun tak tau mana satu betul.

Yang betulnya, filem ni memang buat lu tertanya-tanya. Sampai kat ending baru lu paham. Ooooooo... macam tu, lu kata kat diri lu sendiri.

Gua rekemen ah cerita ni. Banget!

SKOR: 9/10