Friday, August 21, 2015

Fantastic Four (2015)


http://www.imdb.com/title/tt1502712/

Sebuah filem ber-genre sampah tahap telemovie. Filem ini merupakan filem yang kedua paling jelek yang aku telah tonton di wayang pada tahun 2015, selepas filem Seventh Son.
Filem ini sangat membosankan sekali sehingga aku tertidur di wayang dengan enaknya sewaktu menontonnya.

Secara ringkas, serba-serbi tentang filem ini sangat membosankan dan menjelekkan.
Daripada plotnya yang membosankan kepada aksinya yang mengecewakan dan membosankan kepada mimik muka para pelakonnya yang sememangnya semulajadi membosankan.
Verdict: Buang duit aku $7.50.

SKOR: 1.5/10

Nota Kaki: Dr Doom yang di dalam filem ini kelihatan seperti villain daripada Power Rangers tahap kualitinya. (hahahaha)

Van Dien

The Man From U.N.C.L.E (2015)


http://www.imdb.com/title/tt1638355/

Sebelum aku melangkah dan duduk di seat bernombor di J6 di GSC malam tadi, aku sedikit gusar. Berbeza dengan David Fincher yang aku ikuti setiap naskah layarnya atau Majid Majidi yang aku santuni pemikirannya di dalam filem, Guy Ritchie pula aku lebih kenal sebagai suami Madonna, bukan sebagai pengarah Snatch (2000). Itu sudah agak menggusarkan hati. Jadi aku menonton dengan perasaan, menonton apa yang ada dan bukan mencari apa yang tiada dalam tontonan.

Aku ingin katakan dua perkara mengenai The Man from U.N.C.L.E (TMFU). Pertama, 'kemesraan' Guy Ritchie dengan audien. Aku gemar mengatakan yang TMFU bukan filem untuk semua. Maksud aku, sekiranya anda punya rakan-rakan yang menonton Fantastic 4 baru-baru ini dan mereka mengatakan F4 itu best, (aku sendiri belum menonton F4 jadi aku tak tahu adakah ia benar best seperti yang dikata) maka orang yang sama mengatakan F4 best itu mungkin akan mengatakan TMFU tidak best. Dan aku agak yakin juga dalam 10 orang penonton yang menonton TMFU, mungkin lima daripadanya akan mengatakan Kingsman : The Secret Service (2014) adalah lebih baik dan best. Ini kerana Guy Ritchie punya stail dan cara penyampaian tersendiri yang bagi aku agak 'kurang mesra' dengan audien biasa yang sekadar mahu menonton wayang kerana mahu menghabiskan masa atau salah satu aktiviti ketika bercinta. Ya. Cara lucu 'kelabu' bersama sirat surat scene yang seolah mahukan audien 'sesat' dalam rasa dan telahan bagi aku memang sukar untuk mengakrab dan memesrakan diri dengan audien yang 'tidak sabar' dan telah terbiasa dengan suapan dialog dan visual secara literal. (Jika menontonnya, sila perhatikan scene anggur dikupas dan scene Napoleon Solo (Henry Carvill) enak makan roti di dalam lori). Dan mujur aku telah menghadam Snatch yang tidak membuatkan aku asing ketika menonton TMFU.

Keduanya, stail dan gaya filem Guy Ritchie. Filem ini mengambil latar perang dingin. Dan U.N.C.LE ialah badan berkecuali yang menggabungkan agen-agen walau dari negara berseteru antaranya Soviet Union dan USA. (Sesuatu yang aku agak gemar, persaingan bakat, kepandaian serta teknologi di suntik sihat di dalam naskah ini. Dan U.N.C.L.E seolah badan pendamai demi kedamaian walau setiap negara punya agenda sendiri).

Begini. Aku terasa seolah singgah di RnR milik Guy Ritchie dalam perjalanan melalui highway 'aksi' dan menuju ke bandar 'efek dan teknologi'. Di RnR itu aku dihidang pula kopi O di dalam cawan kopitiam lama dan disuap pula alunan lagu R. Azmi melalui radio lama yang kadangkala jelas kadangkala tidak. Itu yang aku rasa Guy Ritchie lakukan. Guy Ritchie seolah faham dan mengarahkan filem ini seolah dia di zaman 60an juga padahal dia berada di zaman teknologi. Ini kerana, aksi filem ini minima namun berada di paras logik manusia seolah 'refresh' untuk minda kita yang telah terbuai dengan lambakkan letup dan terbang melampau. (Rujuk scene kejar mengejar dua buah kereta 'lama' yang tidak perlu sport rim pun. Klasik!). Latar muzik pula bagi aku bijak membuai rasa kenangan di blend dengan papar visual yang kelihatan suci dari CGI (aku cukup gemar kredit nama filem dalam warna kuning. Aroma 70an!). Dan gaya karisma setiap watak, Ah! Ini mungkin aku katakan gaya Guy Ritchie. Tonton Snacth dan lihat setiap gaya dan karisma setiap watak yang dibina. Ia juga seolah ada di dalam TMFU. Seolah Guy Ritchie mengatakan kepada Henry Carvill dan Armie Hammer, "Jangan cuba jadi Jason Statham atau Brad Pitt, tapi jadilah apa yang Guy Ritchie mahu! Gaya Guy Ritchie!". Dan ia menjadi RnR manis untuk aku segarkan diri.

Cumanya, filem ini terlalu mudah. Seperti biasa di RnR, bukan semua makanannya sedap. Berbanding Snatch, aku terasa sedikit ringan pada binaan cerita yang aku rasa 'safe play'. Ia sedikit sebanyak membuatkan aku agak ternanti sesuatu yang 'wow' dan 'thrill' namun ia tidak berapa ada. (Mungkin kerana aku dah selalu dengan genre heist atau insane crazy twist? Atau adakah kerana memori Snatch aku terlalu kuat?).

Ringkasnya, mahu singgah di RnR Guy Ritchie? Serius aku katakan RnR ini tidak lewa dan cincai dalam menjalankan tugas walau secara peribadi aku lebih gemar pada Snatch. Cuma, bak kata dua rakan yang turut sama menonton mengatakan, 'kadang-kadang terasa Tarantino' dan 'kalau bila pejam, ia masih terbayang di mata', maka itu sudah cukup membayangkan kekuatan binaan memori visual dan stail filem ini. Dan jika mereka berkata begitu, maka aku pula katakan aku agak berangan membawa kereta seperti si manis Gaby Teller saat mahu pulang ke rumah usai tayangan!
Oh ya. Ramai mengatakan, Lock, Stock and two Barrel adalah filem terbaik Guy Ritchie. Aku belum lagi menontonnya. Di mana agaknya aku akan letakkan TMFU selepas menontonnya?

SKOR: 7.5/10

Hatta Kain Kapan

Come Back to Me (2014)


http://www.imdb.com/title/tt2551396/

Filem yang diadaptasi dari buku The Resurrectionist ini mempunyai storyline yang mantap.filem bergenre psychological horror ini walaupun mempunyai plot yang amat baik tetapi aksi pelakon dan direction filemnya bagi saya sedikit weak.mungkin di tangan yang betul filem ini mempunyai sedikit harapan untuk menjadi lebih baik.

CBTM mengisahkan tentang sepasang suami isteri pada suatu hari menerima kedatangan seorang jiran yang baru berpindah ke kejiranan mereka.sejak dari hari pertama lelaki itu berpindah,macam2 perkara pelik berlaku pada mereka.diceritakan pada mulanya sang isteri mengalami satu penyakit yang dinamakan night terror.Night Terror ini lebih kurang seperti mimpi buruk yang terasa seperti benar2 berlaku.apa yang terjadi seterusnya bakal merubah hidup pasangan ini dan juga mereka2 yang dalam hidup mereka pernah menerima kedatangan lelaki yang baru berpindah itu.

LABEL:FILL UP YOUR FREE TIME!!

SKOR:6/10


Kain Kapan

The Loft (2015)


http://www.imdb.com/title/tt1850397/

Filem Hollywood ini sebenarnya adalah sebuah naskah remake dari filem asal dengan tajuk yang sama dari negara Belgium.1 word to describe..WOW!!filem ini sangat2 lah enak dijamah.filem bergenre erotik/crime thriller ini mempunyai plot yg sangat twisted.walaupun twist nya sangat berbelit tapi pemahaman untuk struktur plot amat mudah difahami.saya secara peribadi melabelkan The Loft antara filem terbaik pernah dibuahkan dalam genre yang dimaksudkan di atas.

The Loft menceritakan 5 orang kawan yang kesemuanya telah berkahwin menjadikan sebuah bilik apartment untuk dijadikan tempat mereka membawa pulang teman wanita masing2 untuk tujuan membuat hubungan sex.tiba2 pada satu hari seorang dari teman wanita mereka didapati mati dalam bilik tersebut dengan tangan bergari dan tertera tulisan latin di kepala katil.bermula dengan rancangan untuk menghapuskan mayat,plan berubah apabila mereka kemudiannya saling menyalahkan dan meletakkan kesalahan ke atas bahu satu sama lain.

LABEL:STRONGLY RECOMMENDED!!

SKOR :8/10

Kain Kapan

Cinta Paling Agung (2015)


Soalan aku kenapa dan kenapa Hanung Bramantyo? Tidak adakah pengarah tempatan yang boleh mengarahkan filem direct to TV ini? Dengan cerita asal juga diilhamkan oleh pengkarya tempatan, (dan cuma shooting di Jakarta), kenapa perlukan Hanung Bramantyo untuk naskah bertaraf telemovie ini? Lagi pula setakat seperti Cinta Paling Agung (CPA) ini, ia seolah telah terlalu biasa di TV kita. Tonton sahaja saban minggu di kaca TV.

Okay. Aku rasakan kenapa Hanung ialah kerana dua sebab. Pertama, cara berpesan. Aku antara yang sering mengikuti filem arahan Hanung. Dan apa yang aku amat gemar ialah, Hanung gemar berpesan dengan caranya. Maksud aku jika menonton filem-filemnya seperti Doa Yang Mengancam, Perempuan Berkalong Sorban ataupun ? (Tanda Tanya), Hanung gemar memberi pesan yang mampu membuat audien berfikir dan terfikir. Ia tidak seolah kita sedang menghadiri sebuah kursus poligami dan melalui proses brainwash oleh fasilitator wanita, (walau mahu bermula seperti itu) tetapi lebih kepada pesanan seorang teman untuk temannya yang mahu berpoligami.

Keduanya, style dan cara Hanung. Ini merupakan antara karya paling lemah Hanung bagi aku. Dialog yang kurang mencengkam, lakonan yang biasa-biasa dan gabung jalin babak yang kadang berchemistry, terkadang tak. Namun disebalik itu, Hanung masih memberi beberapa 'Indonesian style and signature' yang bagi aku pengikat untuk aku terus tonton sehingga tamat. Kerana itu apabila ia bermula dengan layar hitam bertulisan mutiara kata kemudian baru disusuli visual, aku terus terdetik, hah! Ini memang berbau Hanung!

Ringkasnya, CPA bukan sesuatu yang terbaik dan boleh aku katakan ia sekadar berkualiti telemovie. Tetapi siapa pula mahu nafikan pesanan CPA sebagai pesan yang baik? Kita juga punya beberapa pengarah berpesan yang baik seperti Khir Rahman atau Raja Mukhriz. Kerana bagi aku sisi pesan dalam sinema Malaysia semakin agak suram dengan pesan. Jika ada pun, kerana terlalu banyak mungkar hingga mengaburi mesej makrufnya. Dan kerana itu aku memuji naskah ini.
Dan naskah ini bercerita perihal sesuatu yang amat sensitif pada wanita, namun akhirnya berjaya memenangi hati wanita! Dan maaf. Aku tak tahu idea dukung itu idea siapa tetapi ia agak... Urghh!

SKOR: 6.5/10

Hatta Kain Kapan