Blog ini adalah blog ulasan rasmi untuk group facebook "MOVIE ADDICT" (https://www.facebook.com/groups/movvie.addict/). Dalam bahasa rojak, mahupun bahasa standard.
Thursday, November 1, 2012
12 Angry Men (1957)
http://www.imdb.com/title/tt0050083/
Nasib seorang remaja samada dibawa ke kerusi elektrik bergantung kepada kebijaksanaan 12 juri yang berbincang tentang kes yang dibawa oleh pendakwaraya dan pembela. Shot keseluruhannya dibuat di dalam sebuah bilik juri yang menambahkan tekanan dan elemen claustrophobic.Semua hujah dan bukti menunjuk kepada tertuduh bersalah tetapi seorang juri tidak puashati dan mahukan perbincangan dilanjutkan. Apa sebabnya? You got to see this man...
SKOR: 10/10
Rounders (1998)
http://www.imdb.com/title/tt0128442/
Samada selepas menonton filem ini ada berubah keyakinan bahawa judi adalah skil berbanding dengan nasib, terpulang. Yang penting lakonan Matt Damon berganding dengan Edward Norton memang ada spark yang tersendiri.
SKOR: 8/10
Thursday, October 25, 2012
Killer Joe (2011)
http://www.imdb.com/title/tt1726669/
Peminat William Friedkin, jangan tak tengok. Kekuatan filem ini menyebabkan anda berfikir beberapa kali untuk ke Texas jika diberi peluang, walaupun secara percuma; setelah beberapa kali menonton filem yang berlatarbelakangkan negeri tersebut.
SKOR: 7/10
The Sting (1973)
http://www.imdb.com/title/tt0070735/
Baru saya tau dari mana datang idea filem Ocean's Eleven (2001)!
SKOR: 10/10
Primal Fear (1996)
http://www.imdb.com/title/tt0117381/
Filem ini mempersoalkan sistem kehakiman dunia yang zahir nampak adil tetapi sebenarnya mudah untuk dieksploitasi atas kepentingan peribadi. Lakonan hebat Richard Gere dan Edward Norton.
SKOR: 8/10
Subscribe to:
Posts (Atom)