Monday, July 4, 2011

I Love You, Man (2009)


Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt1155056/

Bromance (Brotherly romance) yang memang bravo! Kawan masa kecil memang ramai, bila dewasa makin kurang. Sila-silap, takde langsung. Peter (Paul Rudd) mencari kawan dan terjumpa yang agak OK lakonan Jason Segel. Adakah dia kawan sebenar atau memanipulasi keadaan Peter?

SKOR: 8/10

Shadow of the Vampire (2000)


Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt0189998/

Bravo! Ni baru la Dracula (Nosferatu) dengan gaya theatrical yang excellent lakonan William Dafoe dan pengarah erratic, lakonan John Malkovich! Arahan oleh Elias Merhige, yang notorious dengan filem beliau sebelum ini, Begotten.

SKOR: 8/10

Sunday, July 3, 2011

Punisher: War Zone (2008)


Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt0450314/

Saya mula meminati Ray Stevens sejak melihat lakonan bersahaja beliau dalam TV series Rome. Kemudian beliau berlakon filem zombie yang sangat menarik Outpost. Bila beliau bersama filem Punisher dan ramai yang mengatakan ini lebih baik dari siri sebelumnya, saya teruja. Memang beliau layak! Malangnya penjahat tak berapa best. Dominic West (The Wire) dah best tapi sorang lagi tu memang tak boleh jalan. Tapi kalau siri Punisher akan datang Ray jugak berlakon, memang sangat ditunggu!

SKOR: 7/10

Year One (2009)

Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt1045778/

Santai je. Parody kepada beberapa kisah biblical. Karektor paling kelakar, bukan dua pelakon utama ni tetapi The High Priest... yeaahhhh rub me with oil... yeahhh...

SKOR: 6/10

Friday, July 1, 2011

Surveillance (2008)


Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt0409345/

Karya Jennifer Lynch, anak kepada pengarah avant-garde, David Lynch. Brutal dan ngeri. Twist akhir yang menarik dan membuatkan kita tak puashati.

SKOR: 8/10