Wednesday, October 22, 2008

Walk Hard: The Dewey Cox Story (2007)

Sebuah spoof movie, dalam kategori yang sama seperti The Spinal Tap dan Forrest Gump. Dewey Cox adalah seorang artis yang dilahirkan selepas WWII, kematian abangnya disebabkan kesilapan beliau sendiri tetapi sebelum mati, abangnya memberi suatu pesanan yang sangat dipegang olehnya; iaitu menjadi seorang yang berjaya. Tanpa disangka, beliau mempunyai bakat terpendam di dalam nyanyian. Beliau terus melonjak menjadi artis sensasi sebaris dengan Elvis Presyley dan The Beatles. Namun semua itu masih tidak memuaskan hatinya hinggalah matlamat akhir diperolehi; approval dari bapanya sendiri yang sejak dari kematian abangnya; menyalahkan Dewey sebagai penyebab dan tiada kemaafan baginya. Apakah beliau akan memperoleh approval itu ataupun selamanya Dewey akan merana walaupun statusnya adalah orang yang berjaya?

Nampak berat? Oh tidak sekali. Genre filem ini adalah komedi.

SKOR: 7/10

3:10 to Yuma (2007)

Makin banyak filem western hollywood sekarang ini. Mungkin bagus sebab ini memberi sedikit variety kepada pilihan. Honestly, filem western moden sekarang ini antara filem yang lebih memberi ruang kreativiti kepada pengusahanya. Filem ini letaknya di dalam kategori itu. Rusell Crowe melakonkan watak ketua bandit dengan sekumpulan ruthless bandits di bawah arahannya yang bisa membunuh sesiapa sahaja tanpa rasa ragu-ragu. Apabila beliau ditangkap dan perlu diescort ke stesen keretapi, seorang cowboy awam yang dilakonkan oleh Christian Bale mengambil upah tersebut atas dasar terpaksa kerana sangat-sangat memerlukan wang. Berbaloikah dengan nyawa yang digadaikan cowboy tersebut? Sebuah journey western yang sangat menarik.

SKOR: 8/10

Rendition (2007)

Natijah dari tragedi 9/11 ialah Amerika mengetatkan sistem keselamatan di dalam negara mereka. Antara lain, membuat undang-undang seperti ISA di Malaysia; tahanan tanpa bicara. Semata-mata atas maklumat perisikan yang apabila diimplement tangkapan itu, bermakna maklumat itu 100% betul, seperti maklumat yang divine. Kita dibawa kepada sebuah keluarga bahagia yang mana si suami seorang Muslim dari Mesir. Ketika pulang dari sebuah konferens di Afrika Selatan, beliau telah ditahan oleh perisikan Amerika kerana 'terlibat' dengan pengeboman berani mati di Mesir. Segala maklumat perjalanan beliau ke Afrika Selatan dipadamkan menyebabkan keluarganya panik dan keliru dengan kehilangan beliau. Objek filem ini mudah; menyorot kepada sistem tangkap tanpa bicara dan kenapa ia dianggap sebagai paling efektif. Namun itu adalah subjektif, terpulang kepada siapa yang berkuasa dan siapa yang menjadi mangsa.

SKOR: 7/10

World Trade Center (2006)

Tragedi 9/11 selamanya akan terpahat di hati. Bukan kerana banyaknya nyawa yang terkorban tetapi tragedi ini terjadi di sebuah negara yang dikatakan 'polis' dunia. Hollywood sudah tentunya tidak sabar-sabar untuk menukarkan tragedi ini kepada suatu keuntungan. Ada puluhan buah filem mungkin yang berkisar tentang tragedi ini. Adapun filem ini diarah oleh pengarah terkenal Oliver Stone, yang terkenal dengan teori konspirasinya di dalam filem JFK, namun filem ini agak lembut dari segi kontroversinya. In fact, tiada yang kontroversi selain meraih simpati mereka yang menontonnya terhadap penyelamat-penyelamat atau rescuers yang turut juga terkorban di dalam tragedi ini. Aku harapkan sesuatu yang lebih menarik.

SKOR: 6/10

There Will Be Blood (2007)

Tatkala cita-cita betembung dengan pegangan agama. Ini yang dapat aku tengok dalam cita ni. Aku tertarik pada mulanya nak tengok movie ni sebab poster dan Daniel-Day Lewis. Mengisahkan mengenai Daniel Plainview (Daniel-Day Lewis), sorang pelombong emas/perak, yang tidak percayakan Tuhan, yang secara tidak sengaja terjumpak simpanan minyak mentah di kawasan yang dilombongnya. Lalu bermulah karier Daniel Plainview sebagai tauke minyak dan perlahan-lahan mengembangkan perniagaan "drill" minyak. Sehinggakan pada satu hari, seorang pemuda datang bejumpanya yang mengatakan dia percaya terdapat simpanan minyak di kampung halamannya iaitu Little Boston, California. Setelah menyiasat, Daniel dengan segera menuju ke situ, dan berjaya membuktikan bahawa di kawasan itu dan berjaya membeli kawasan tersebut. Bermula dari situ, setelah pelbagai cabaran dan saingan dari syarikat lain, akhirnya dia berjaya mengawal penuh aliran minyak kawasan tersebut. Namun pelbagai peristiwa menimpa sepanjang proses beliao cuba mengawal kawasan tersebut, dimulai dengan salah seorang pekerja yang mati pada hari pertama kerja pengorekan bermula, dan kemalangan yang menimpa anak angkatnya, sehinggakan hilang pendengaran, dan kemunculan seorang yang mengaku sebagai adik tirinya, lalu dibunuh oleh Daniel kerana penipuannya.Salah satu babak menarik ialah di mana Daniel berpura-pura tunduk dan di baptiskan di gereja Third Revelation rakyat di situ semata-mata untuk membolehkan dia menyewa tanah untuk dijadikan laluan kepada paip saluran minyaknya ke laut.

Cerita akhirnya diakhiri dengan babak-babak yang menunjukkan ke tidak stabilan emosi dan mental Daniel di dalam rumah mewahnya. Nak tau apa dia buat ? Cari dan tonton.

Salah satu movie slow paced dan memerlukan kesabaran untuk menontonnya hingga habis. Tapi tak rugi nak spend 2 jam 40 minit untuk movie ni. Persembahan terbaik dari Daniel Day-Lewis semenjak Gangs of New York.

SKOR : 9/10
Ulasan: lati0s

SKOR : 8/10
Bentara