SKOR: 9/10
Blog ini adalah blog ulasan rasmi untuk group facebook "MOVIE ADDICT" (https://www.facebook.com/groups/movvie.addict/). Dalam bahasa rojak, mahupun bahasa standard.
Wednesday, May 28, 2008
Cloverfield (2008)
SKOR: 9/10
American Gangster (2007)
Gaya arahan Ridley Scott amat berkesan sekali dengan karektor building terhadap dua watak utama filem ini. Teringat cerita Heat (Pacino/DeNiro) yang amatlah bestnya. Adegan brutal pun boleh tahan.
SKOR: 8/10
The Last Time (2006)
Ted Ryker is the top salesman in the New York office of a business machine company; the corporate stock lives by quarterly sales numbers, the competition is keen, and the economy may be in a downturn. Ted's company is marking time until a new product is ready - probably in a few months. Into the mix comes a new hire, a callow Midwesterner named Jamie, who's come East with his fiancée Belisa. Ted's a cynic - with a failed love in his past; he's profane, he's a lousy team player. He watches Jamie flounder, failing with presentation after presentation. Then, Ted finds a mutual attraction to Belisa. Where can this end?
SKOR: 5/10
Mr. Brooks (2007)
SKOR: 7/10
Monday, May 19, 2008
Abre Los Ojos (1997)
Cuma jangan terpengaruh dengan cover DVD dengan Penelope Cruz tayang body tu sebagai filem romantik la. Ada la elemen romantik tu tapi sebenarnya ni filem fiksyen sains. Malah, gua ingat, ada macam filem The Matrix. Entah-entah The Matrix pun dapat idea dari filem ni.
Gua tengok filem ni memang kepala gua celaru sikit nak paham. Macam nak paham, tapi tak paham. Kejap macam realiti, kejap macam mimpi. Gua pun tak tau mana satu betul.
Yang betulnya, filem ni memang buat lu tertanya-tanya. Sampai kat ending baru lu paham. Ooooooo... macam tu, lu kata kat diri lu sendiri.
Gua rekemen ah cerita ni. Banget!
SKOR: 9/10
Shattered Glass (2003)
Hero Star Wars ni berlakon sebagai seorang reporter muda yang berjaya. Dah la berjaya, disukai ramai pulak dalam ofis. Everything looks good until one day, artikel yang dia tulis rival majalah sudah check. Pergi check source, semuanya tak ada. Meaning, tak wujud. Si editor yang mula nak backing jadi suspicious je.
Rupa-rupanya mamat ni sudah tipu 27 dari 41 artikel yang dia tulis kat majalah ni. Gila. Dah la majalah ni reputasi dasyat. Menulis atas FACTS!!!
Ala, macam penulis majalah Mestikah jugak la. Cuma Mestikah ni bukan sorang je penulis yang tipu... hehehe paham-paham je la. Oh ni filem ini berdasarkan kisah benar... macam Mestikah jugak hehehe...
SKOR: 7/10
Spoorloos aka The Vanishing (1988)
Sangka aku ini adalah cerita seram (hantu) rupa-rupanya tidak. Cerita suspen/drama macam tu. Ala-ala Hitchcock (aku main taram je ni). Filemnya slow, building karektornya agak mantap tapi ending, fuh... bini pun geleng kepala.
Ada remake by Hollywood dengan tajuk The Vanishing jugak, tapi ikut kata imdb.com, endingnya ending happy. Tak macam ori. Ending sadis.
Apa yang sadis? Kena tengok sendiri la. Memang berbaloi!
Rex and Saskia are on holiday, a young couple in love. They stop at a busy service station and Saskia disappears. Rex dedicates the next three years trying to find her. Then he receives some postcards from her abductor, who promises to reveal what has happened to Saskia. The abductor, Raymond Lemorne, is a chilling character to whom Rex is drawn by his intense desire to learn the truth behind his lovers disappearance. The truth is more sinister than he dared imagine.SKOR: 9/10
Sunday, May 18, 2008
Black Snake Moan (2006)
SKOR: 7/10
I Am Legend (2007)
Enter Robert Neville (Will Smith), seorang doktor yang immune terhadar virus tersebut. Beliau menyangka bahawa hanya beliaulah seorang manusia yang hidup di atas muka bumi ini. Namun harapan tetap ada, beliau menghantar frekuensi radio untuk menyatakan bahawa masih ada manusia lagi yang hidup.Dihabiskan waktu siang dengan menjelajah buang masa di sekitar bandar New York tetapi pada malamnya, tatkala zombies berkeliaran, beliau mengecutkan diri dalam persembunyian.
Filem ini bolehlah dikategorikan sebagai filem zombie, tetapi karektor building Will Smith memberati, yang menjerumuskan filem ini ke dalam kategori drama. Cuma apabila zombie tersebut dilakonkan ianya terlampau komikal. Menjadi superhuman dan boleh melakukan aksi yang manusia biasa tidak boleh buat.
A good view nevertheless.
SKOR: 8/10
Thursday, May 15, 2008
The Invisible (2007)
SKOR: 8/10
Just Like Heaven (2005)
SKOR: 7/10
Friday, May 9, 2008
Chain of Fools (2000)
Gaya filem nampak ada potensi namun ada macam ruang kosong sepanjang jalan cerita. Yang pasti, karektor Mikey (Elijah Wood) sebagai pembunuh upahan berusia 17 tahun agak memberikan lebih 'colour' kepada jalan cerita.
SKOR: 6/10
Wednesday, May 7, 2008
The WILHELM Scream
Aku terjumpa dua kali berkenaan dengan Wilhelm Scream ni masa bukak trivia filem kat imdb.com. First aku tak ingat filem apa tapi aku perasan perkataan Wilhelm Scream ni cuma aku tak ambil peduli.
Dan kejap tadi aku bukak trivia filem The Invisbile (2007) keluar lagi Wilhelm Scream ni. Ditulis...
Pelik? Aku pun pelik... pebende Wilhelm Scream ni? Aku buat google sikit.
Rupa-rupanya Wilhelm Scream ni adalah satu jenis rakaman jeritan yang digunakan direcycle oleh banyak filem. Asalnya dari Distant Drum (1951). Zaman tu memang overdub dilakukan kat studio selepas habis shooting. So scene seorang askar masa tengah mengharung paya dibaham dek buaya. Masa ni lah overdub jeritan tu dibuat.
So, jeritan tu di archive oleh studio.
Bila ada filem baru nak overdub, diorang malas nak rakam balik jeritan, depa pergi kat archive dan pakai la jeritan ni balik.
Tak perasan, rupa-rupanya banyak dah filem dok recycle jeritan ni. Tapi ada sorang yang perasan.
Yang perasan ialah Ben Burt, peminat sound efek. Dia perasan yang banyak filem dok guna jeritan yang sama. Bila ni dah diketahui umum dan rasa macam ada aura kult, banyak filem pulak yang selit jeritan ni.
Hehehe... kelakar. Overdub jeritan yang kult!
Baca sini http://www.hollywoodlostandfound.net/wilhelm.html
Lepas tu tengok kompilasi jeritan Wilhelm Scream kat bawah...
Dan kejap tadi aku bukak trivia filem The Invisbile (2007) keluar lagi Wilhelm Scream ni. Ditulis...
WILHELM SCREAM: About 25 minutes into the movie, when a guy gets thrown in a swimming pool.
Pelik? Aku pun pelik... pebende Wilhelm Scream ni? Aku buat google sikit.
Rupa-rupanya Wilhelm Scream ni adalah satu jenis rakaman jeritan yang digunakan direcycle oleh banyak filem. Asalnya dari Distant Drum (1951). Zaman tu memang overdub dilakukan kat studio selepas habis shooting. So scene seorang askar masa tengah mengharung paya dibaham dek buaya. Masa ni lah overdub jeritan tu dibuat.
So, jeritan tu di archive oleh studio.
Bila ada filem baru nak overdub, diorang malas nak rakam balik jeritan, depa pergi kat archive dan pakai la jeritan ni balik.
Tak perasan, rupa-rupanya banyak dah filem dok recycle jeritan ni. Tapi ada sorang yang perasan.
Yang perasan ialah Ben Burt, peminat sound efek. Dia perasan yang banyak filem dok guna jeritan yang sama. Bila ni dah diketahui umum dan rasa macam ada aura kult, banyak filem pulak yang selit jeritan ni.
Hehehe... kelakar. Overdub jeritan yang kult!
Baca sini http://www.hollywoodlostandfound.net/wilhelm.html
Lepas tu tengok kompilasi jeritan Wilhelm Scream kat bawah...
Tuesday, May 6, 2008
No Country for Old Men (2007)
Llewelyn Moss (Josh Brolin) adalah seorang mamat biasa di Texas yang berada di dalam tempat dan masa yang salah. Semasa beliau pergi memburu di tengah padang separa pasir di Texas, beliau terjumpa sekelompok manusia yang mati tatkala melakukan urus niaga dadah. Masalahnya beliau mengambil duit dadah yang terdampar di situ yang berjumlah 2 juta US dollar. Akibat dari itu, beliau telah diburu oleh pembunuh ganas, Anton Chigurh (Javier Bardem) yang bukan saja membunuh atas upah tetapi juga membunuh atas dasar prinsip. Memang ganas Anton ni. Langsung Anton mengecohkan town kecil tersebut dengan pembunuhan ngeri tanpe belas yang memeningkan Sherif Ed Tom Bell (Tommy Lee Jones).
Yang pasti, hidup Llewelyn is not the same anymore. Pembunuh yang menjejaki beliau sekarang bukan mahukan dia mati atas dasar upah tetapi atas dasar prinsip. It's you or me, one must die. Gitu la kiranya.
Gaya filem Coen Brothers ni memang unik. Nak cerita pun tak tau. Nak experience, kena tengok sendiri. Aku pasti, lepas ni pastinya korang akan cari filem-filem lain arahan adik beradik ni. Aku rekemen Miller's Crossing dan Fargo.
Anton Chigurh: What's the most you ever lost on a coin toss.
Gas Station Proprietor: Sir?
Anton Chigurh: The most. You ever lost. On a coin toss.
(scene berdebar-debar)
SKOR: 9/10
Next (2007)
SKOR: 6/10
Hitman (2007)
Filem adaptasi dari videogame ini walaupun dari luar nampaknya menarik tetapi... pada aku terlampau gamely. Ini filem Rambo tapi ditukar wajah sikit. Agent 47 ialah seorang pembunuh upahan yang telah dididik untuk membunuh sejak dari kecil lagi. Basically, dia dilatih supaya show no mercy. Apabila seorang gadis enter frame, show no mercy dia cair sikit. Nak pulak awek tu cun dan begitu mudah mendedahkan asetnya. Lain dari tu, Agent 47 ni tak tertembak walau sebutir peluru walaupun berhadapan dengan puluhan musuh (kan macam Rambo). Scene tembak menembak pun takde la menarik sangat cuma filem ni nak bergantung kepada kemachoan Agent 47 tapi pada aku tak macho sangat pun. Plot aku rasa tak penting. Kalau nak buang masa, atau dah takde cerita nak tengok, boleh la tengok filem ni.
SKOR: 5/10
Friday, May 2, 2008
Breach (2007)
SKOR: 6/10
Find Me Guilty (2006)
SKOR: 7/10
Subscribe to:
Comments (Atom)